Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • INSPIRASI
  • Shalinie Agnes Ali rangkul gelaran Ratu Etnik Piala Justin Williamson Vol.3, angkat martabat budaya Iban
  • INSPIRASI

Shalinie Agnes Ali rangkul gelaran Ratu Etnik Piala Justin Williamson Vol.3, angkat martabat budaya Iban

Utusan Sarawak 8 hours ago
SHALINIE Agnes Ali, 23, mencipta pencapaian membanggakan apabila dinobatkan sebagai juara Ratu Etnik Piala Justin Williamson Bridal’s Studio Vol. 3.

KUCHING: Berbekalkan keyakinan tinggi serta disiplin yang konsisten, Shalinie Agnes Ali, 23, mencipta pencapaian membanggakan apabila dinobatkan sebagai juara Ratu Etnik Piala Justin Williamson Bridal’s Studio Vol. 3.

Kemenangan itu turut menyaksikan peserta kelahiran Bintulu berkenaan meraih dua anugerah sampingan berprestij iaitu Busana Terbaik (Ngepan Kuas) dan Catwalk Terbaik, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara ikon baharu dalam arena ratu etnik.

Shalinie berkata, penyertaannya dalam pertandingan tersebut didorong oleh keinginan untuk menguji keupayaan diri di pentas yang lebih kompetitif, selain mencabar batas kemampuan peribadi.

“Saya ingin menilai sejauh mana kemampuan diri dalam pertandingan yang lebih mencabar dan berprestij,” katanya kepada pemberita.

RAKAM KENANGAN… Shalinie Agnes Ali bergambar kenangan bersama pemenang yang lain.

Beliau menegaskan bahawa sokongan padu daripada keluarga serta rakan-rakan menjadi tulang belakang utama kejayaannya sepanjang perjalanan pertandingan.

Mengimbas detik kemenangan, Shalinie menyifatkannya sebagai pengalaman yang sarat emosi dan penuh makna, hasil daripada usaha serta persiapan rapi yang dilaksanakan.

“Keyakinan diri dan disiplin dalam persiapan adalah kunci utama. Kemenangan ini juga membuka ruang untuk saya membawa budaya Iban ke peringkat yang lebih luas, selari dengan arus globalisasi,” katanya.

Shalinie mula mencipta nama dalam dunia ratu etnik sejak 2024 menerusi penyertaan dalam Pekit Kumang, Keling & Kumang Indai Orang CCF, apabila beliau merangkul gelaran Kumang bersama enam anugerah sampingan termasuk Miss Popular, Miss Congeniality dan Miss Favorite.

Rekod pencapaiannya turut diperkukuh dengan kedudukan naib juara kedua Karnival Selangau 2025 serta naib juara pertama Ratu Etnik Boyak Fest 2025, yang menjadi asas kepada peningkatan prestasi dan keyakinannya di pentas lebih besar.

Dalam pada itu, Shalinie menekankan kepentingan penguasaan budaya, khususnya pemahaman mendalam terhadap Ngepan Iban, sebagai elemen penting dalam memastikan persembahan yang autentik dan berkualiti tinggi.

“Setiap peserta perlu benar-benar memahami adat dan budaya Iban supaya dapat mempersembahkan diri dengan penuh keyakinan dan keaslian,” katanya.

Beliau turut menggesa generasi muda agar terus memelihara serta memartabatkan warisan budaya.

“Kita perlu memastikan adat dan permainan tradisional terus dipelihara agar identiti serta sejarah budaya kita kekal utuh untuk generasi akan datang,” katanya.

Oleh Tarani Lanting

Tags: inspirasi

Continue Reading

Previous: Adela Ida muncul wanita Iban pertama terajui MSPTM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.