Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Gunung Semeru meletus tujuh kali, aktiviti Gunung Dukono meningkat
  • GLOBAL

Gunung Semeru meletus tujuh kali, aktiviti Gunung Dukono meningkat

Utusan Sarawak 8 hours ago
GUNUNG Semeru meletus tujuh kali, aktiviti Gunung Dukono meningkat. Foto AFP

JAKARTA: Gunung Semeru di Jawa Timur meletus tujuh kali pada pagi Isnin, menghamburkan abu sehingga mencecah antara 300 meter hingga 1,100 meter di atas puncak.

Letusan pertama direkodkan pada 12.38 tengah malam waktu tempatan dengan abu setinggi sekitar 1,000 meter, manakala letusan tertinggi berlaku pada 6.51 pagi yang memuntahkan abu sehingga 1,100 meter di atas puncak.

Letusan ketujuh berlaku pada 9.29 pagi tanpa sebarang kepulan abu dapat diperhatikan secara visual, lapor agensi berita ANTARA memetik Pegawai Pos Pemerhatian Gunung Semeru, Liswanto.

Gunung berapi itu kini kekal pada Tahap III (Amaran).

Sementara itu, Gunung Dukono di Halmahera Utara turut meletus pada pagi Isnin dengan memuntahkan abu gunung berapi setinggi 1,000 meter di atas puncak.

Pegawai Pos Pemerhatian Gunung Dukono, Bambang Sugiono berkata, aktiviti gunung berapi itu semakin meningkat sejak 30 Mac selepas hampir tujuh bulan berada dalam keadaan tidak aktif secara relatif.

Letusan terbaharu itu berlangsung selama 49.69 saat, dengan kepulan abu berwarna putih hingga kelabu, berintensiti tebal dan bergerak ke arah barat.

Beliau berkata Gunung Dukono, dengan ketinggian 1,087 meter dari aras laut kini berada pada Tahap II (Waspada).

Pihak berkuasa menasihatkan penduduk dan pengunjung supaya tidak menghampiri Kawah Malupang Warirang dalam radius empat kilometer.

Mereka turut memberi amaran bahawa kawasan yang terjejas akibat abu mungkin berubah mengikut arah dan kelajuan angin, serta menggesa komuniti setempat memakai pelitup muka bagi melindungi diri daripada bahaya gangguan pernafasan. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Angkasawan Artemis 2 teruja lihat lembangan Orientale buat kali pertama
Next: Indonesia tetap kenaikan tambang pada 13 peratus berikutan lonjakan kos bahan api penerbangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.