Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Filem ‘Jangkar’ tampil realisme perang, cetus kesedaran generasi muda
  • HIBURAN

Filem ‘Jangkar’ tampil realisme perang, cetus kesedaran generasi muda

Utusan Sarawak 15 hours ago
 MENTERI Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bercakap pada sidang media majlis perasmian penggambaran filem ‘Jangkar’ di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini. Foto Adele Rissa 

KUCHING: Filem Jangkar bakal mengetengahkan realisme peperangan dan mengangkat pengorbanan wira negara kepada generasi muda, sambil memberi penekanan kepada bakat tempatan Sarawak dalam industri kreatif.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, filem ini amat bermakna kerana mengangkat peristiwa sebenar pada 1972, termasuk pertempuran berdarah di kawasan Jangkar berhampiran Lundu dan Sematan yang meragut nyawa ramai anggota keselamatan.

DARI kiri, penerbit filem ‘Jangkar’, David Teo dan pengarah, Jason Chong, pada sidang media media majlis perasmian penggambaran filem ‘Jangkar’ di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini. Foto Adele Rissa 

“Harapan kita ia dapat mengangkat semangat rakyat Malaysia untuk menghargai ketenteraman dan kedamaian yang kita nikmati hari ini, yang bukan datang begitu sahaja tetapi melalui liku-liku dan pengorbanan yang besar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media majlis perasmian penggambaran filem Jangkar, di sebuah hotel terkemuka di sini hari ini. 

Filem hasil kolaborasi antara Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan bersama Metrowealth International Group (MiG Pictures) itu menekankan penglibatan pelakon dan kru Sarawak, sekaligus membuka peluang kepada penggiat seni tempatan serta merancakkan ekonomi industri kreatif negeri.

 BARISAN pelakon dan kru filem ‘Jangkar’, yang akan memulakan penggambaran di sekitar Kuching, esok. Foto Adele Rissa 

Pengarah ‘Jangkar’, Jason Chong berkata, penggambaran dijalankan di sekitar Kuching, Lundu, Kem Jangkar, kawasan antara Kuching dan Biawak serta Taman Negara Bako. Tempoh penggambaran dijangka 45 hari, tidak termasuk hari rehat dan perjalanan.

“Persediaan filem ini mengambil masa hampir dua tahun, dari pembangunan skrip hingga pendekatan kreatif. 

“Kita mahu menyampaikan elemen sejarah, nilai patriotisme dan pengorbanan prajurit, tetapi pada masa sama mengekalkan elemen hiburan supaya dapat ditonton oleh ramai orang,” katanya. 

Tambah beliau, konsep filem ini telah melalui lima premis sebelum memuktamadkan versi akhir yang dianggap mencapai keseimbangan terbaik. 

Pengarah Aksi filem tersebut, Ayez Shaukat berkata, filem ini menekankan realisme berbanding aksi dramatik konvensional. 

“Ia juga sebahagian daripada kempen anti-perang. Koreografi, pergerakan dan sudut penggambaran direka supaya penonton merasai sendiri pengalaman mereka yang berada dalam situasi peperangan,” ujarnya. 

Penerbit filem, David Teo berkata, kos keseluruhan termasuk promosi dianggarkan mencecah RM6 juta. 

“Tayangan disasarkan bersempena sambutan Hari Kebangsaan, Hari Malaysia atau Hari Sarawak, namun jika tidak sempat untuk tahun ini, tayangan boleh dianjak ke tahun hadapan,” dedahnya ketika ditanya mengenai jangkaan tarikh penayangan filem tersebut. 

Filem ini diinspirasikan daripada peristiwa lebih lima dekad lalu, membawa mesej pengorbanan wira negara, kesedaran sejarah serta nilai perpaduan dan keharmonian. 

Antara barisan pelakon utama termasuk Yusof Hashim sebagai Ismail, Dato Tamimi Siregar sebagai Haji Rahim, Fikry Ibrahim sebagai Leftenan Rahim, Noki sebagai Renjer Aslam dan Aniq Durar sebagai Korperal Haris.

Jason berkata, filem berskala besar seperti Jangkar sepatutnya dinikmati di pawagam untuk memberikan pengalaman tontonan lebih menyeluruh. 

Filem ini juga mengetengahkan peperangan insurgensi yang jarang dipaparkan, termasuk cabaran sebenar di lapangan di mana musuh sukar dikesan.

“Ancaman boleh berlaku di mana-mana dengan elemen kejutan dan serangan hendap. Jadi pengalaman terbaik adalah melalui tontonan di pawagam kerana di skrin kecil, suasana sebenar mungkin tidak dapat dirasai sepenuhnya,” katanya.

Oleh Adele Rissa

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Syafiq Kyle terharu sambutan luar biasa peminat Sarawak
Next: Aniq Durar bawa pengalaman sebenar perang ke layar perak melalui Jangkar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.