Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Bangladesh lancar kempen vaksinasi demam campak kecemasan di tengah peningkatan kematian
  • KESIHATAN

Bangladesh lancar kempen vaksinasi demam campak kecemasan di tengah peningkatan kematian

Utusan Sarawak 16 hours ago
KERAJAAN Bangladesh melancarkan kempen vaksinasi kecemasan demam campak-rubela semalam yang menyasarkan lebih 1.3 juta kanak-kanak di kawasan dengan kadar jangkitan tinggi ketika jumlah kematian akibat kes disyaki terus meningkat.

DHAKA: Kerajaan Bangladesh melancarkan kempen vaksinasi kecemasan demam campak-rubela semalam yang menyasarkan lebih 1.3 juta kanak-kanak di kawasan dengan kadar jangkitan tinggi ketika jumlah kematian akibat kes disyaki terus meningkat, lapor Xinhua.

Menteri Kesihatan dan Kebajikan Keluarga Bangladesh Sardar Md Sakhawat Hossain merasmikan kempen itu di sebuah kompleks kesihatan berhampiran ibu negara Dhaka pada pagi Ahad.

Menurut menteri itu, kempen berkenaan melibatkan kanak-kanak berumur antara enam bulan hingga lima tahun di 18 daerah di negara itu yang mencatatkan kadar jangkitan agak tinggi.

Beliau turut mengumumkan bahawa kempen vaksinasi demam campak-rubela di seluruh negara akan bermula pada 3 Mei ini, meliputi semua daerah lain di seluruh Bangladesh.

Hossain berkata kempen kecemasan itu dilancarkan atas syor pakar bagi membendung penularan penyakit dengan segera serta melindungi kanak-kanak yang berisiko.

Langkah itu dibuat di tengah-tengah lonjakan kes demam campak dan kematian berkaitan penyakit berkenaan sejak kebelakangan ini. Menurut Direktorat Am Perkhidmatan Kesihatan (DGHS), empat lagi kematian akibat kes disyaki demam campak direkodkan dalam tempoh 24 jam hingga 8.00 pagi Sabtu lalu, menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 98 kes.

-Bernama

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: WHO gesa sokongan kesihatan segera di kawasan konflik Asia Barat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.