Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Konflik Asia Barat petanda ‘penyusunan’ semula rantau, bukan penamat dunia – Ahli akademik
  • GLOBAL

Konflik Asia Barat petanda ‘penyusunan’ semula rantau, bukan penamat dunia – Ahli akademik

Utusan Sarawak 15 hours ago
KONFLIK Asia Barat petanda ‘penyusunan’ semula rantau, bukan penamat dunia. Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Krisis meruncing di Asia Barat mencerminkan landskap geopolitik yang kompleks dan berkembang dan bukannya penentu kehancuran dunia, kata ahli akademik Profesor Raihan Ismail.

Bercakap pada program Siri Diplomatik Dynamix pada Sabtu, anjuran bersama Institut Strategi & Kepimpinan Asia, Universiti Sunway dan Yayasan Jeffrey Cheah, Profesor Pengajian Islam Kontemporari ‘Yang Mulia Sheikh Hamad Khalifa Al-Thani’ Universiti Oxford itu berkata, perkembangan di Asia Barat harus difahami sebagai sebahagian daripada corak sejarah konflik dan transformasi yang lebih luas.

“Saya berpendapat tidak semestinya ini (kehancuran dunia), ini ialah penamat bagi semua peperangan. Saya rasa ini adalah satu lagi fasa peningkatan…kita bercakap tentang penyusunan semula rantau itu,” katanya.

Mengenai serangan 7 Oktober oleh Hamas, Raihan berkata, beliau percaya dalam kalangan rakyat Palestin sendiri mempunyai pandangan yang berbeza-beza justeru menyukarkan pihak luar untuk membuat penilaian yang tepat.

“Saya fikir rakyat Palestin harus diberi peluang untuk menilai sama ada mereka percaya ia adalah perkara yang betul atau salah,” katanya.

Beliau juga menekankan kekecewaan terhadap ketidakseimbangan dalam cara tindakan diteliti, terutamanya akauntabiliti terhad yang ditujukan kepada Israel berbanding Hamas.

Raihan berkata, naratif yang mengelilingi konflik itu sering gagal menggambarkan sepenuhnya skop penderitaan sambil menyatakan bahawa perbincangan mengenai genosid biasanya hanya muncul selepas kemusnahan yang ketara berlaku.

Beliau menegaskan daya tahan rakyat Palestin, sering disebut sebagai ketabahan, masih menjadi ciri utama (dalam naratif) meskipun ia datang dengan kos yang tinggi.

“Menjadi tabah bukanlah sesuatu yang boleh bertahan lama jika anda berterusan ditekan…sentiasa kehilangan kehidupan anda, keluarga anda,” katanya.

Mengenai dinamik serantau yang lebih luas, Raihan berkata konflik di Asia Barat dibentuk oleh pelbagai faktor struktur, termasuk kepentingan strategik, campur tangan luar dan persaingan sumber.

“Rantau tersebut sangat tidak bernasib baik…kita melihat pada minyak di rantau itu; kita melihat pada kepentingan strategik dan keselamatan Amerika Syarikat di rantau itu,” katanya.

Beliau berkata, kehadiran Israel telah menyumbang dengan ketara pada ketegangan serantau, menyifatkannya sebagai faktor yang merumitkan usaha untuk kestabilan jangka panjang.

Raihan juga memberi amaran terhadap persepsi mudah tentang wilayah itu sebagai sememangnya sentiasa dilanda konflik, dengan menjelaskan bahawa pandangan sedemikian mengabaikan realiti hidup penduduknya.

“Orangnya (Asia Barat) baik-baik belaka…namun rantau itu tidak bernasib baik,” katanya sambil mengimbas pengalamannya mengembara dan belajar di Asia Barat.

Berhubung penggunaan istilah ‘armageddon’ (perang besar sebelum kiamat) untuk menggambarkan konflik semasa, beliau berkata, retorik sebegitu bukan baharu dan mengikut sejarah istilah itu sentiasa mengiringi peperangan dan pergolakan besar.

“Apabila anda bercakap dengan ahli sejarah, mereka akan mengatakan bahawa konflik bukan perkara baharu…ramai yang bercakap tentang berakhirnya dunia,” katanya sambil menambah perkembangan semasa harus dilihat sebagai sebahagian daripada fasa perubahan yang berterusan dan bukannya konflik terakhir yang menentukan.

Beliau berkata, wilayah itu sedang menjalani penjajaran semula yang ditunjukkan dengan peralihan pakatan dan persaingan yang muncul, menggariskan bahawa semakin lama konflik berterusan, semakin sukar untuk kembali kepada keadaan sebelumnya. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Diesel mahal, hasil merosot, hidup nelayan Muslim Cham di Kemboja terumbang-ambing
Next: Vila musim panas Mussolini di pesisir Adriatik dijual €1.2 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.