Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEKNOLOGI
  • Sarawak lancar WaveJak, teknologi AI tanpa sentuhan pertama di Malaysia
  • TEKNOLOGI

Sarawak lancar WaveJak, teknologi AI tanpa sentuhan pertama di Malaysia

Utusan Sarawak 8 hours ago
TUN Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah pada program ‘Senior Citizen: We CARE for You’ di Dewan Serbaguna Taman Sukma, hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Sarawak melakar satu lagi langkah ke hadapan dalam pendigitalan apabila memperkenalkan WaveJak, teknologi pengesahan identiti tanpa sentuhan berasaskan kecerdasan buatan (AI) pertama seumpamanya di Malaysia, khusus bagi memudahkan serta memperkukuh keselamatan warga emas.

Inisiatif berimpak tinggi itu dilancarkan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi sempena program ‘Senior Citizen: We CARE for You’ di Dewan Serbaguna Taman Sukma, hari ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, WaveJak merupakan inovasi syarikat teknologi tempatan, SOCOE Holdings Sdn Bhd, yang dibangunkan sebagai penyelesaian praktikal dan selamat untuk kegunaan harian, khususnya golongan warga emas.

Menurut beliau, teknologi Palm Vein AI membolehkan pengesahan identiti dilakukan hanya melalui imbasan urat tapak tangan tanpa memerlukan telefon bimbit, kad atau sentuhan fizikal.

“Walaupun seseorang mungkin terlupa membawa telefon atau dompet, namun mereka tidak akan terlupa tangan sendiri.

“Teknologi ini juga menawarkan tahap keselamatan yang tinggi kerana ia berkesan dalam mencegah penipuan dan kecurian identiti,” katanya.

TUN Wan Junaidi melancarkan WaveJak, teknologi pengesahan identiti tanpa sentuhan berasaskan kecerdasan buatan (AI) pada program ‘Senior Citizen: We CARE for You’ di Dewan Serbaguna Taman Sukma, hari ini. Foto UKAS

Beliau menambah, teknologi berkenaan telah digunakan secara meluas di negara maju seperti Emiriah Arab Bersatu, Jepun, Singapura, China dan Korea, sekali gus membuktikan keberkesanannya di peringkat global.

Sementara itu, Pengurus Projek WaveJak, Nicholas Chan menjelaskan sistem tersebut mengenal pasti individu melalui corak unik urat tapak tangan, menjadikannya lebih selamat berbanding kaedah konvensional seperti MyKad, pengecaman wajah atau cap jari.

“Pengguna hanya perlu menghulurkan tangan di atas pengimbas tanpa menyentuhnya, dan sistem akan mengenal pasti identiti berdasarkan corak urat yang unik.

“Imbasan ini melibatkan struktur dalaman urat, bukan sekadar imej luaran, sekali gus menjadikannya sukar untuk ditiru walaupun menggunakan gambar atau cetakan 3D,” jelasnya.

Tambah beliau, WaveJak akan dilaksanakan secara perintis dengan integrasi kepada Kenyalang Gold Card (KGC) bagi memudahkan warga emas mengakses pelbagai kemudahan tanpa perlu membawa kad fizikal.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak Datuk Rosey Yunus, Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Datuk Mohammad Razi Sitam dan tetamu kehormat lain.

-UKAS

Tags: Teknologi

Continue Reading

Previous: #FikirDulu: Pencipta kandungan cetus gerakan cegah penipuan di platform TikTok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.