Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kerajaan Sarawak tegaskan rumah inisiatif Mutiara bukan untuk dijual
  • Selatan
  • WILAYAH

Kerajaan Sarawak tegaskan rumah inisiatif Mutiara bukan untuk dijual

Utusan Sarawak 4 hours ago
 TIMBALAN Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian ditemui media selepas pelancaran Hari Terbuka Mutiara 2026 di Bangunan HDC Wisma Sultan Tengah, di sini hari ini. Foto Adele Rissa

KUCHING: Kerajaan Sarawak menegaskan bahawa setiap unit rumah di bawah inisiatif Mutiara, yang dibina untuk rakyat khususnya golongan B40 dan M40, tidak dibenarkan dijual atau disewa, bagi memastikan bantuan sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, kementerian berkenaan sedang meneliti langkah penguatkuasaan dan penambahbaikan dasar untuk menutup sebarang ruang penyalahgunaan.

“Kita tidak mahu skim ini disalahgunakan. Kita membantu dengan ikhlas, tetapi rakyat juga perlu membalas dengan ikhlas,” katanya kepada media selepas merasmikan Hari Terbuka Mutiara 2026 di Bangunan Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) Wisma Sultan Tengah, di sini hari ini.

RAKAM kenangan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian (tengah, duduk) bersama penerima-penerima di bawah inisiatif Mutiara selepas pelancaran Hari Terbuka Mutiara 2026 di Bangunan HDC Wisma Sultan Tengah, di sini hari ini. Foto Adele Rissa 

Beliau yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menjelaskan, terdapat kes di mana sesetengah pemilik rumah melanggar peraturan, contohnya menjual unit sebelum tempoh yang ditetapkan iaitu tujuh tahun.

“Dalam beberapa kes, mereka membuat perjanjian kedua untuk menjual unit, walhal peraturan sudah jelas,” ujarnya.

Menurut Dr Sim, tindakan penguatkuasaan akan diambil sekiranya perlu, namun pendekatan pendidikan dan pemahaman masih menjadi keutamaan bagi memastikan rakyat menghargai program ini.

Beliau turut menekankan bahawa inisiatif pembiayaan melalui Kewangan Mutiara dengan kadar serendah satu peratus untuk B40 dan tiga peratus bagi M40, bertujuan membantu golongan yang sukar mendapatkan pinjaman bank, termasuk mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap.

“Matlamat kita adalah memastikan mereka yang benar-benar memerlukan dapat memiliki rumah, bukan sekadar menambah jumlah pembinaan,” katanya.

Dr Sim juga menekankan kepentingan pengurusan pinjaman merentas generasi, supaya rumah yang dimiliki dapat diwarisi dan didiami dalam jangka panjang oleh keluarga.

“Kerajaan ingin memastikan rumah Mutiara ini menjadi aset berharga untuk rakyat, dan bukan alat spekulasi,” tambah beliau.

Dr Sim berharap pendekatan ini dapat meningkatkan integriti pemilikan rumah serta memperkukuh pembangunan perumahan yang inklusif dan mapan di Sarawak.

Oleh Adele Rissa

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: SKAS meluaskan jangkauan ke Pasar Sentral Sibu, bantu penjaja tempatan
Next: Penduduk pesisir Nanga Semah, Sebena terjejas bekalan air

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.