Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bangunan asal Wisma Melanau dikekalkan dalam pembangunan Lebuk Melanau
  • TEMPATAN

Bangunan asal Wisma Melanau dikekalkan dalam pembangunan Lebuk Melanau

Utusan Sarawak 3 weeks ago
DATUK Len Talif Salleh (tengah) bergambar bersama tetamu yang hadir.

KUCHING: Bangunan asal Wisma Melanau yang beroperasi sejak 1993 akan dikekalkan dalam pembangunan Lebuk Melanau, mengambil kira nilai sejarahnya kepada komuniti tersebut.

Timbalan Menteri Pembangunan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, keputusan itu dibuat bagi memastikan warisan serta sejarah perjuangan pemimpin terdahulu terus dipelihara.

Menurutnya, bangunan utama tersebut mempunyai signifikan tersendiri kerana pernah dirasmikan oleh mantan Ketua Menteri, Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

“Bangunan utama itu akan kita kekalkan kerana ia mempunyai sejarah kita sendiri, dan penting untuk generasi muda memahami perjuangan pemimpin-pemimpin terdahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Kaum Melanau Sarawak di Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL) Cawangan Sarawak, di sini hari ini.

Len Talif menambah, pembangunan baharu Lebuk Melanau akan merangkumi hotel, apartmen perkhidmatan serta ruang komersial, sekali gus menjadikannya pusat interaksi komuniti.

RAKAM KENANGAN… Datuk Len Talif Salleh merakam gambar kenangan bersama tetamu dan jemputan.

Katanya, projek tersebut menerima peruntukan sebanyak RM55 juta daripada kerajaan Sarawak, namun ia bukan pembiayaan penuh dan mungkin memerlukan tambahan kos bergantung kepada keadaan semasa.

“Setakat ini, projek telah mendapat kelulusan SPA dan kita akan teruskan dengan proses dokumentasi serta tender dalam masa terdekat,” jelasnya.

Lebuk Melanau yang akan dibangunkan berhampiran Pusat Komunikasi Islam itu dijangka siap menjelang 2027 dan bakal menjadi platform memperkukuh hubungan komuniti Melanau serta masyarakat lain di negeri ini.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Industri buaya berpotensi besar, pemilik permit digesa lebih aktif
Next: Buaya gergasi 4.8 meter ditemui mati di tebing Sungai Segubang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.