Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • KKM semak semula proses pelesenan di bawah akta 586 untuk kurangkan kos pesakit
  • KESIHATAN

KKM semak semula proses pelesenan di bawah akta 586 untuk kurangkan kos pesakit

Utusan Sarawak 7 hours ago
KKM semak semula Akta 586 untuk percepat proses pelesenan hospital swasta dan kurangkan kos pesakit. Foto facebook Dr Dzulkefly Ahmad

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) sedang menyemak semula proses pelesenan dan kawal selia di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) bagi menangani kebimbangan industri mengenai kelewatan dan peningkatan kos.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata langkah itu bertujuan untuk memperkemas prosedur memandangkan proses yang panjang akan menjadikan kos operasi lebih tinggi yang seterusnya akan ditanggung pesakit.

Beliau berkata perkara itu telah dibincangkan semasa mesyuarat Jawatankuasa Bersama Menteri-Menteri mengenai Kos Penjagaan Kesihatan Swasta (JBMKKS) bersama Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Bank Negara Malaysia (BNM) dan ketua pegawai eksekutif (CEO) hospital swasta.

“Kami sedang menyemak semula proses pelesenan dan kawal selia Akta 586 kerana kami mendengar kebimbangan industri bahawa ia mengambil masa terlalu lama dan menambah kos yang kelaknya terpaksa ditanggung pesakit,” katanya.

Menerusi hantaran di laman Facebook hari ini, Dzulkefly berkata KKM telah mempelawa semua hospital swasta untuk bekerjasama sebagai penyedia Tahap 1 bagi Pelan Asas Insurans/Takaful Perubatan dan Kesihatan (MHIT) dan menyertai projek rintis yang akan bermula secara berperingkat di Lembah Klang mulai Julai.

“Terima kasih, ketua pegawai eksekutif hospital swasta, atas komitmen anda untuk menyerahkan data yang diperlukan dengan cepat supaya kami dapat memasukkan Kumpulan Berkaitan Diagnosis (DRG) secara berperingkat untuk pembayaran bermula Januari 2027 di penyedia Tahap 1 dengan secara teratur dan berasaskan data.

​“DRG meningkatkan ketelusan dan kebolehramalan harga serta memudahkan peralihan daripada model bayaran untuk perkhidmatan kepada penjagaan kesihatan berasaskan nilai dan tumpuan pada hasil kesihatan.

“Kesihatan digital merupakan pengupaya penting merentasi keseluruhan sistem, dan kami bersedia untuk menghubungkan sistem awam dan swasta kami, di bawah rangka kerja tadbir urus data yang memastikan individu mengawal data mereka,” kata Dzulkefly.

Beliau berkata semua dipelawa untuk menyertai Rangkaian Pensijilan Kesihatan Digital Malaysia (MDHCN) dan berkongsi pengimejan radiologi, sekali gus mengelakkan ujian berganda dan mengurangkan kos.

“Di negara kita, sektor awam dan swasta saling melengkapi antara satu sama lain, dengan meluaskan akses dan pilihan.

“Seiring dengan transformasi pembiayaan kesihatan yang semakin pantas, pendekatan ‘Whole-of-Nation Approach’ (Pendekatan Keseluruhan Negara) ini menjadi penanda aras, ketika kami memperluas transformasi melangkaui sekadar inflasi perubatan sektor swasta kepada Transformasi Seluruh Sistem,” kata Dzulkefly. – Bernama

Continue Reading

Previous: Kerjasama Malaysia-WHO perkukuh kesiapsiagaan hadapi ancaman penyakit berjangkit
Next: WHO gesa sokongan kesihatan segera di kawasan konflik Asia Barat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.