Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Pasaran getah dijangka diniagakan tinggi minggu depan susulan kebimbangan gangguan bekalan
  • BISNES

Pasaran getah dijangka diniagakan tinggi minggu depan susulan kebimbangan gangguan bekalan

Utusan Sarawak 13 hours ago
PASARAN getah dijangka mengukuh minggu depan.

KUALA LUMPUR: Pasaran getah dijangka mengukuh minggu depan, disokong peningkatan permintaan di tengah gangguan bekalan susulan krisis Asia Barat, kata seorang pakar.

Pakar industri Denis Low berkata konflik berterusan di Asia Barat telah menjejaskan aktiviti industri, perdagangan serta kesejahteraan global.

“Apabila bekalan minyak dan gas tersekat di Selat Hormuz, kesan rantaian turut melanda pelbagai industri, yang akhirnya boleh menyebabkan operasi kilang terhenti,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, beliau berkata pokok getah kini berada dalam musim daun luruh yang dijangka berakhir pada hujung April atau awal Mei.

Sehubungan itu, kekurangan bekalan komoditi berkenaan kini di peringkat akhir, dengan produktiviti dijangka meningkat dalam beberapa minggu akan datang.

“Buat masa ini, kekurangan bekalan menjadi lebih ketara berikutan permintaan yang meningkat akibat konflik. Oleh itu, pasaran dijangka kekal tidak menentu dengan prospek berhati-hati,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata Jabatan Meteorologi Thailand meramalkan cuaca panas melampau, jerebu serta ribut petir terpencil dengan angin kencang di beberapa kawasan, manakala Jabatan Meteorologi Malaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir di kebanyakan kawasan di negara ini.

Beliau berkata turun naik harga minyak serta ketidaktentuan dolar AS turut boleh mempengaruhi harga dan permintaan, sekali gus mencerminkan ketidakpastian pasaran dan memerlukan pendekatan berhati-hati.

Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup pada 3 April sempena Good Friday dan akan kembali beroperasi pada Isnin depan.

Bagi tempoh Jumaat hingga Khamis, harga rujukan Lembaga Getah Malaysia bagi Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) meningkat 16.5 sen kepada 819.5 sen sekilogram, manakala lateks pukal melonjak 38 sen kepada 727.5 sen sekilogram. – Bernama 

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dijangka kekal berhati-hati susulan konflik Asia Barat
Next: Niaga hadapan MSM diunjur meningkat minggu depan ketika konflik Asia Barat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.