Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Bursa Malaysia dijangka kekal berhati-hati susulan konflik Asia Barat
  • BISNES

Bursa Malaysia dijangka kekal berhati-hati susulan konflik Asia Barat

Utusan Sarawak 11 hours ago

KUALA LUMPUR: Dagangan di Bursa Malaysia dijangka berada dalam julat kecil dan dilakukan secara berhati-hati oleh kalangan pelabur minggu depan, memandangkan bursa tempatan terus dikekang dalam jajaran 1,680 hingga 1,740 berikutan konflik Asia Barat yang berlarutan, kata pakar ekonomi.

Pengarah dan Penganalisis Strategi Pelaburan dan Ekonomi IPPFA Sdn Bhd, Mohd Sedek Jantan berkata penjualan telah stabil namun potensi kenaikan kekal terhad justeru menunjukkan pelabur mengekalkan pegangan masing-masing daripada menambah risiko.

“Paras semasa, yang masih di bawah purata pergerakan penting, menunjukkan pasaran telah melepasi fasa panik namun belum lagi memasuki fasa peningkatan semula yang menyakinkan, menyebabkan pelabur mengambil kedudukan yang berhati-hati manakala keyakinan pula terhad,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata para pelabur perlu kekal seimbang dan tidak bertindak balas secara berlebihan terhadap laporan mengenai perkembangan yang berlaku di Asia Barat kerana risiko asas masih belum selesai.

“Ini amat penting terutama apabila harga tenaga yang tinggi mula mempengaruhi jangkaan inflasi dan mengurangkan kemungkinan pengurangan kadar faedah bagi tempoh terdekat, manakala mudah tunai global yang lebih ketat terus mengehadkan kekuatan bagi sebarang kenaikan semula.

“Susulan itu, jajaran 1,725 hingga 1,730 adalah paras ambang yang penting namun, sebarang pergerakan ke atas melepasi paras tersebut perlu dikekalkan,” katanya.

Mohd Sedek berkata sehingga keadaan itu, Bursa Malaysia masih wajar dilihat sebagai sedang mengalami fasa konsolidasi dan bukannya pemulihan.

Bagi dagangan yang baru berakhir minggu ini, Bursa Malaysia mencatatkan dagangan kebanyakannya rendah, seiring dengan prestasi pasaran serantau ekoran konflik berterusan di Asia Barat.

Berasaskan Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI turun 17.15 mata kepada 1,695.50 daripada 1,712.65 pada minggu sebelumnya.

Di papan indeks, Indeks FBM Top 100 susut 86.38 mata kepada 12,251.12, Indeks FBM Emas turun 73.10 mata kepada 12,392.16, Indeks FBM Emas Syariah kurang 2.63 mata kepada 12,269.56, Indeks FBM ACE menguncup 17.53 mata kepada 4,309.92 manakala Indeks FBM Mid 70 meningkat 42.15 mata kepada 17,140.94.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 477.78 mata kepada 19,849.72, Indeks Perladangan melonjak 450.54 mata kepada 9,155.51, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik sedikit 1.86 mata kepada 184.75, dan Indeks Tenaga menokok 20.23 mata kepada 818.52.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 17.79 bilion unit bernilai RM18.83 bilion daripada 12.24 bilion unit bernilai RM13.69 bilion pada minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran Utama melonjak kepada 11.56 bilion unit bernilai RM17.73 bilion daripada 7.64 bilion unit bernilai RM12.81 bilion sebelum ini.

Jumlah dagangan waran menokok kepada 4.92 bilion unit bernilai RM616.50 juta daripada 3.54 bilion unit bernilai RM495.25 juta pada minggu lepas.

Jumlah dagangan Pasaran ACE pula meningkat kepada 1.31 bilion unit bernilai RM479.05 juta daripada 1.04 bilion unit bernilai RM376.06 juta.- Bernama

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dibuka tinggi di sebalik risiko Asia Barat
Next: Pasaran getah dijangka diniagakan tinggi minggu depan susulan kebimbangan gangguan bekalan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.