Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Bekalan minyak mentah Malaysia masih cukup, hampir 40 peratus import melalui Selat Hormuz
  • NASIONAL

Bekalan minyak mentah Malaysia masih cukup, hampir 40 peratus import melalui Selat Hormuz

Utusan Sarawak 11 hours ago
BEKALAN minyak mentah Malaysia masih cukup, hampir 40 peratus import melalui Selat Hormuz. Gambar agensi.

KUALA LUMPUR: Malaysia masih mempunyai bekalan minyak mentah yang mencukupi memandangkan penghantaran bagi hampir 40 peratus import minyak mentah negara adalah melalui Selat Hormuz berbanding hampir 90 peratus import bagi negara ASEAN lain.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz bagaimanapun tidak menolak kemungkinan Malaysia sebagai satu pasaran pengguna terlindung sepenuhnya, juga terkesan daripada kenaikan harga minyak.

“Sejak 2014 hingga 2015 lagi, sudah ada penerimaan hakikat bahawa Malaysia menjadi pengimport bersih minyak mentah. Perkara itu sudah diumumkan oleh kerajaan. 

“Susulan adanya pengeluaran tenaga dan kita pengeksport tenaga bersih, ada keyakinan kita masih ada bekalan berbanding dengan rakan-rakan ASEAN lain yang mungkin bergantung kepada import melebihi 90 peratus.

“Tetapi tidak ada kemungkinan kita sebagai satu pasaran pengguna adalah terlindung sepenuhnya,” katanya ketika menjadi tetamu dalam program Bicara Naratif Khas: Mendepani Cabaran Krisis Tenaga Global di saluran TV1, Radio Televisyen Malaysia, malam ini.

Menurut Petronas, pengeluaran minyak mentah Malaysia telah berkurangan secara beransur-ansur apabila landskap matang mengalami penyusutan secara semula jadi.

Malaysia pernah menghasilkan lebih 700,000 tong sehari pada era 1990-an dan awal 2000-an namun, pada masa kini, pengeluaran minyak mentah domestik dianggarkan sekitar 350,000 tong sehari. 

Pada masa sama, sistem penapisan Petronas memerlukan sekitar 700,000 tong minyak mentah sehari bagi memenuhi keperluan bahan api negara, sekali gus mewujudkan jurang struktur yang perlu ditampung melalui import, jelasnya.

Hampir separuh daripada keperluan ini perlu diimport, dan sebahagian besar bekalan tersebut dihantar melalui Selat Hormuz.

Tengku Muhammad Taufik berkata, pihaknya menyedari berlakunya penyusutan pengeluaran minyak mentah domestik.

“Bagaimanapun, ada usaha penerokaan dan cari gali bersama-sama kontraktor dan pelabur lain namun yang ditemui adalah gas asli, kebanyakannya gas asli dan Malaysia ini adalah kawasan yang mempunyai sumber gas,” katanya. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Krisis tenaga global: MCMC siasat 17 individu sebar maklumat palsu
Next: Affin Bank dapat kelulusan BNM ambil alih Pheim AM pada harga RM50 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.