Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Dari merakam detik ke detik getir, jurugambar diuji pelbagai penyakit
  • Selatan
  • WILAYAH

Dari merakam detik ke detik getir, jurugambar diuji pelbagai penyakit

Utusan Sarawak 7 hours ago
ANGGOTA Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membantu mengusung seorang jurugambar yang mengalami komplikasi kesihatan ke dalam ambulans untuk dihantar ke hospital bagi rawatan lanjut.

KUCHING: Seorang pengamal media tempatan kini berdepan ujian kesihatan serius apabila disahkan menghidap beberapa komplikasi penyakit yang memerlukan rawatan segera.

Jurugambar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Razali Nordin, 54, dilaporkan mengalami masalah injap jantung selain turut berdepan penyakit batu karang dalam hempedu, gangguan buah pinggang serta diabetes.

Keadaan beliau yang semakin merosot memerlukan tindakan pantas apabila pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya dikerahkan bagi memberikan bantuan kecemasan.

ANGGOTA JBPM mengangkat mangsa keluar dari kediamannya sebelum dipindahkan ke pengusung dalam operasi bantuan kecemasan di Kuching.

Beliau kemudiannya dibawa ke hospital menggunakan ambulans Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMS) untuk rawatan lanjut.

Insiden itu memberi kesan mendalam khususnya kepada rakan-rakan media yang mengenali beliau, memandangkan Razali sebelum ini aktif membuat liputan pelbagai peristiwa, namun kini berada dalam situasi sebaliknya sebagai pesakit.

Dalam pada itu, beberapa pemimpin negeri turut menzahirkan keprihatinan terhadap keadaan beliau termasuk Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian serta Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol 

Rakan-rakan media turut tampil menghulurkan bantuan sebagai tanda solidariti dan sokongan terhadap rakan seperjuangan yang kini berdepan saat sukar.

Sementara itu, Naib Presiden Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA), Zulazhar Sheblee mengingatkan pengamal media agar tidak mengabaikan aspek kesihatan.

“Jagalah kesihatan kita semua. Jika ada orang awam memerlukan, kita media akan membantu mereka. Tapi bila media sakit dan memerlukan bantuan, tiada orang akan ambil tahu.”

Beliau berkata, situasi tersebut harus menjadi peringatan kepada semua pihak mengenai kepentingan menjaga kesihatan serta saling mengambil berat antara satu sama lain.

Kes ini turut membuka mata mengenai realiti yang dihadapi oleh pengamal media yang sering berada di lapangan, namun jarang diberi perhatian apabila berdepan kesukaran sendiri.

Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya memberi khidmat khas menghantar Razali Nordin ke Hospital Umum Sarawak (HUS).

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Cadangan bina IPD Lundu baharu di peringkat kelulusan Kerajaan Negeri Sarawak
Next: Vesel nelayan ditahan gagal kemuka sijil penguntukan radas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.