Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Cadangan bina IPD Lundu baharu di peringkat kelulusan Kerajaan Negeri Sarawak
  • WILAYAH

Cadangan bina IPD Lundu baharu di peringkat kelulusan Kerajaan Negeri Sarawak

Utusan Sarawak 10 hours ago
LAWATAN Datuk Seri Nancy Shukri ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lundu.

LUNDU: Cadangan pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lundu yang baharu di lokasi yang telah dikenal pasti sedang di peringkat kelulusan Kerajaan Negeri Sarawak, kata Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Nancy Shukri.

Nancy yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata pembinaan premis itu penting bagi meningkatkan mutu perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya dari segi keselamatan, kecekapan operasi serta memenuhi keperluan masyarakat setempat.

“Status projek itu masih belum dimuktamadkan kerana tanah berkenaan berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan memerlukan kelulusan lanjut.

“Permohonan ini perlu dibawa ke peringkat negeri sebelum sebarang keputusan rasmi dapat dibuat,” katanya ketika ditemui selepas Lawatan Kerja Rasmi ke Pejabat Daerah Lundu dan Sesi Penyerahan Sumbangan Peralatan Program Rangkaian Kasih di sini hari ini. 

Beliau berkata projek pembinaan Balai Polis Sematan menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) pula telah pun diluluskan dengan melibatkan kerja-kerja meroboh serta membina semula bangunan dengan kos dianggarkan kira-kira RM2 juta. – Bernama

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: BDR perlu ambil kira kesesuaian skop tugas
Next: Dari merakam detik ke detik getir, jurugambar diuji pelbagai penyakit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.