Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Majlis media, pemain industri diminta bincang pelaksanaan bekerja dari rumah pengamal media
  • NASIONAL

Majlis media, pemain industri diminta bincang pelaksanaan bekerja dari rumah pengamal media

Utusan Sarawak 9 hours ago
DATUK Fahmi Fadzil menyampaikan ucapan pada majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi meminta Majlis Media Malaysia (MMM) berbincang dengan syarikat dan organisasi media tempatan bagi mendapatkan pandangan berhubung pelaksanaan dasar bekerja dari rumah (BDR) bagi sektor berkenaan.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata tumpuan utama kementerian dalam setiap keputusan berkaitan pelaksanaan BDR adalah bagi memastikan kebajikan pekerja dalam sektor media di negara ini sentiasa terpelihara.

“Saya juga akan meminta Jabatan Penerangan mengambil tindakan berkaitan termasuk mendapatkan maklum balas ramai, dan dari situ sebarang pertimbangan lanjut kita akan panjangkan kepada KPPA (Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam) dan maklum kepada Jemaah Menteri serta kementerian,” katanya.

Fahmi berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bagi meningkatkan kerjasama penguatkuasaan dalam mengurangkan dan mencegah penipuan (scam).

Hadir sama Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong, Pengerusi MCMC Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dan Pengerusi SC Datuk Mohammad Faiz Azmi. 

Rabu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelaksanaan dasar BDR bagi sektor awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan bermula 15 April ini sebagai langkah proaktif dalam mendepani krisis tenaga global.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata keputusan itu, yang dicapai dalam Mesyuarat Jemaah Menteri, bertujuan mengurangkan penggunaan bahan api dan memastikan kemampanan bekalan tenaga negara yang terkesan akibat konflik di Asia Barat.

Semalam, Jabatan Perkhidmatan Awam memaklumkan Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang berkhidmat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan semua ibu negeri dengan jarak perjalanan sehala ke pejabat melebihi lapan kilometer layak melaksanakan dasar BDR.

Bagi negeri yang Hari Kelepasan Mingguan (HKM) jatuh pada Ahad, pelaksanaan BDR ditetapkan pada Selasa hingga Khamis secara sepenuh hari dan tidak dibenarkan pada Isnin serta Jumaat.

Sementara itu, bagi negeri yang HKM pada Jumaat, BDR dilaksanakan pada Isnin hingga Rabu dan tidak dibenarkan pada Ahad serta Khamis. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: MCMC siasat 17 individu disyaki sebar maklumat palsu kenaikan harga bahan api, tarif elektrik
Next: MMM, MPI perlu bincang etika pelaporan dan siaran video berkaitan nahas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.