Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki lepaskan tembakan rambang positif dadah
  • JENAYAH

Lelaki lepaskan tembakan rambang positif dadah

Utusan Sarawak 5 hours ago
SUSPEK tembakan rambang ditahan.

LAWAS: Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan, mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung tindakan seorang lelaki melepaskan tembakan secara rambang di Sundar serta penahanan suspek berkenaan.

“Pada 1 April 2026, kira-kira 4.26 petang, pihak polis telah menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun yang berasal dari Sundar, Lawas.

“Pengadu memaklumkan bahawa pada 31 Mac 2026, sekitar 9.00 malam, ketika berada di rumah neneknya di Sundar, beliau mendapati bapa saudaranya, yang juga suspek, telah bergaduh dengan sepupunya, namun pertelingkahan tersebut berjaya dileraikan oleh pengadu serta seorang lagi bapa saudaranya.

“Pada 10.00 malam, suspek dilaporkan melepaskan tembakan ke arah rumah mangsa sehingga menyebabkan cermin bilik tidur pecah.

“Seterusnya, pada 1 April 2026, pengadu telah terserempak dengan suspek di tepi jalan di Sundar, dan suspek didakwa telah mengeluarkan ugutan jenayah, sekali gus mendorong pengadu membuat laporan polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

SENJATA api dan peluru dirampas untuk dijadikan barang kes.

Bertindak atas maklumat, sepasukan polis telah digerakkan ke lokasi kejadian dan berjaya menahan suspek, iaitu seorang lelaki tempatan berusia 50 tahun yang bekerja sebagai buruh, di kediamannya.

Pemeriksaan di dalam rumah tersebut telah menemukan sepucuk senapang patah buatan sendiri jenis isian belakang satu laras(SSLB) serta 10 butir peluru jenis peluru penabur (buckshot) 12 bore.

Senjata api dan peluru dirampas untuk dijadikan barang kes. Semakan kesalahan lampau mendapati suspek mempunyai empat kesalahan lampau berkaitan dadah dan jenayah.

Ujian saringan air kencing juga mendapati suspek positif dadah. Kes disiasat mengikut Seksyen 8 dan 39 Akta Senjata 1960 serta Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Oleh Adeng Edrus

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lelaki rugi RM107,796 ditipu sindiket menyamar wakil Kementerian Pertahanan
Next: Tawaran gaji lumayan AS$2,500 sebulan, lelaki terperangkap penipuan pekerjaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.