Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • City – Liverpool tumpuan, Arsenal buru treble
  • SUKAN

City – Liverpool tumpuan, Arsenal buru treble

Utusan Sarawak 7 hours ago
SALAH bakal berdepan City buat kali terakhir sebagai pemain Liverpool. Foto AFP

MANCHESTER: Perlawanan tumpuan suku akhir Piala FA hujung minggu ini menyaksikan Manchester City menerima kunjungan Liverpool ketika Mohamed Salah mahu menutup karier gemilangnya di Anfield dengan trofi.

Arsenal pula terus memburu treble, manakala Chelsea dijangka tiada masalah mara ke separuh akhir.

Man City v Liverpool (Sabtu, esok 7.45 malam)

City tampil dengan keyakinan tinggi selepas menewaskan Arsenal 2-0 dalam final Piala Liga sebelum ini.

Anak buah Pep Guardiola kini memburu kejayaan treble domestik sekali lagi.

Liverpool pula berdepan tempoh genting dengan kedudukan liga yang goyah, sekali gus menjadikan Piala FA dan Liga Juara-Juara sebagai harapan terakhir.

Perlawanan ini juga menjadi antara detik akhir buat Salah sebelum meninggalkan kelab.

SAKA dan Rice antara pemain Arsenal yang menarik diri daripada tugasan antarabangsa. Foto AFP

Chelsea v Port Vale (Ahad, 12.15 pagi)

Chelsea tidak boleh memandang mudah lawan dari liga bawahan itu walaupun prestasi Port Vale hambar.

Tekanan memuncak di Stamford Bridge selepas empat kekalahan berturut-turut, selain isu dalaman dan kerugian besar kelab.

Southampton v Arsenal (Ahad, 3.00 pagi)

Arsenal berdepan dilema kecergasan pemain apabila beberapa tonggak utama termasuk Bukayo Saka dan Declan Rice menarik diri daripada tugasan antarabangsa.

Namun, skuad kendalian Mikel Arteta masih berada di landasan terbaik untuk memburu tiga trofi musim ini.

West Ham v Leeds (Ahad 11.30 malam)

Pertembungan ini memberi peluang keemasan buat kedua-dua pasukan mencipta kejutan ke separuh akhir.

Walaupun bergelut dalam liga, aksi Piala FA menjadi talian hayat buat musim mereka. – AFP

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Borneo 100 Triathlon pacu pelancongan sukan, sasar pengiktirafan antarabangsa
Next: Sibu hantar barisan terbaik ke kejohanan badminton peringkat negeri di Miri Mei depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.