Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki rugi RM107,796 ditipu sindiket menyamar wakil Kementerian Pertahanan
  • JENAYAH

Lelaki rugi RM107,796 ditipu sindiket menyamar wakil Kementerian Pertahanan

Utusan Sarawak 15 hours ago

KUCHING: Seorang lelaki tempatan berusia 46 tahun mengalami kerugian sebanyak RM107,796 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan telefon yang menyamar sebagai wakil Kementerian Pertahanan.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching menerima laporan berhubung kes itu pada hari ini.

Menurutnya, mangsa telah dihubungi oleh individu tidak dikenali pada 3 Februari ketika berada di rumah.

Suspek mendakwa sebagai wakil Kementerian Pertahanan dan menawarkan peluang kepada mangsa untuk menjadi pembekal projek stesen janakuasa di kem tentera di Muara Tuang, Kota Samarahan.

“Mangsa kemudian diminta berurusan dengan sebuah syarikat pembekal stesen janakuasa yang kononnya berpangkalan di Miri.

“Tanpa mengesyaki sebarang penipuan, mangsa telah membuat empat transaksi melalui pemindahan dalam talian serta deposit di kaunter bank ke dalam tiga akaun berbeza, dengan jumlah keseluruhan RM107,796,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, mangsa hanya menyedari dirinya ditipu selepas diminta membuat bayaran tambahan, selain pihak pembekal memberikan pelbagai alasan yang mencurigakan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak melebihi 10 tahun, selain sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

Sehubungan itu, Alexson menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan tidak mudah panik apabila menerima panggilan mencurigakan.

“Orang ramai disaran menamatkan panggilan mencurigakan dengan segera, tidak berkongsi maklumat peribadi atau perbankan, serta menghubungi balai polis berhampiran untuk membuat semakan atau laporan,” katanya.

Beliau turut menggalakkan orang ramai menyemak nombor akaun dan nombor telefon mencurigakan melalui portal Semak Mule, selain melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) menerusi talian 997 atau Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sarawak. Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Ops Serkap: 16 warga asing ditahan di Lundu  
Next: Lelaki lepaskan tembakan rambang positif dadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.