Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Maritim Malaysia tahan dua VNT langgar syarat lesen di perairan Bintulu
  • JENAYAH

Maritim Malaysia tahan dua VNT langgar syarat lesen di perairan Bintulu

Utusan Sarawak 9 hours ago
DUA vesel nelayan tempatan kelas C ditahan kerana beroperasi di kawasan larangan dalam Op TIRIS 3.0 dan Op PERMAI 01/2019 di perairan Bintulu.

BINTULU: Dua vesel nelayan tempatan (VNT) kelas C ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Bintulu kerana menangkap ikan di kawasan larangan dalam dua operasi berasingan di perairan Kuala Serupai dan Kuala Tatau, semalam.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Muhammad Suffian Eldine Abdullah berkata, kedua-dua vesel itu dikesan beroperasi di bawah jarak minimum yang ditetapkan menerusi Op TIRIS 3.0 dan Op PERMAI 01/2019.

Menurutnya, vesel pertama ditahan pada kedudukan 5.6 batu nautika barat laut Kuala Serupai kira-kira 12.40 tengah hari, manakala vesel kedua pada 10.2 batu nautika barat laut Kuala Tatau sekitar 2.47 petang.

“Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua vesel disyaki melanggar syarat sah lesen di bawah Akta Perikanan 1985 apabila menangkap ikan kurang daripada jarak dibenarkan iaitu di bawah 12 batu nautika di Kuala Tatau dan kurang tujuh batu nautika di Kuala Serupai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, kesalahan itu boleh menjejaskan sumber perikanan serta memberi persaingan tidak adil kepada nelayan yang mematuhi peraturan.

Tambahnya, pemilik vesel yang disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

KRU sebuah vesel nelayan tempatan diperiksa selepas ditahan dalam Op TIRIS 3.0 dan Op PERMAI 01/2019 di perairan Kuala Serupai dan Kuala Tatau, semalam.

“Kesemua vesel bersama kru telah ditahan dan diiring masuk ke Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang perikanan negara.

Orang awam khususnya komuniti maritim diminta menyalurkan maklumat, aduan atau melaporkan kecemasan di laut melalui talian 999 atau menghubungi Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Bintulu di talian 086-314254 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di 082-432544 untuk tindakan segera.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Jenayah semakin kompleks, guna teknologi dan rangkaian profesional sembunyi aktiviti haram
Next: Cubaan seleweng diesel 10,000 liter digagalkan di Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.