Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Yusuf Bahrin dan Zizi Kirana sah bercerai talak satu
  • HIBURAN

Yusuf Bahrin dan Zizi Kirana sah bercerai talak satu

Utusan Sarawak 12 hours ago
PASANGAN selebriti, Zizi Kirana danYusuf Bahrin, sah bercerai talak satu secara raji’e di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, hari ini.

SHAH ALAM: Pasangan selebriti, Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin, sah bercerai talak satu secara raji’e di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, hari ini.

Perkahwinan mereka yang berlangsung pada 19 September 2021, berakhir dengan persetujuan bersama di hadapan Hakim Syarie, Mohd Saifullah Hamzah, sekali gus menamatkan spekulasi mengenai status hubungan pasangan ini yang sebelum ini menjadi tanda tanya peminat.

Peguam syarie mewakili Zizi, Noorhaiza Mariena Mat Ramli, berkata prosiding perceraian berjalan lancar dan mengikut persetujuan bersama.

“Pada hari ini, di hadapan mahkamah, direkodkan lafaz cerai oleh Yusuf terhadap Zizi dengan talak satu secara raj’ie. Kedua-duanya menjalankan prosiding dengan baik,” katanya.

Zizi, atau nama sebenar Nur Fazelah Mad Tahil, 41, yang memfailkan permohonan cerai itu, enggan mengulas lanjut, sebaliknya hanya berkata:
“Alhamdulillah, semuanya yang baik-baik, insya-Allah… Terima kasih semua.”

Sementara itu, Yusuf, atau nama sebenar Muhammad Yusuf Bahrin, 34, kelihatan sebak selepas prosiding dan memohon doa yang baik daripada semua.

Perceraian ini menjadi perhatian selepas pasangan berkenaan dilihat menyambut Aidilfitri secara berasingan tahun ini.

Yusuf berkongsi foto bersama ahli keluarga, manakala Zizi memuat naik gambar sendirian di media sosial, menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat.

Sebelum ini, rumah tangga Zizi dan Yusuf turut menjadi perhatian kerana mereka dikatakan tidak lagi mengikuti akaun media sosial masing-masing.

Pasangan ini mula berkenalan semasa rakaman program hiburan All Together Now Malaysia sebelum bernikah pada September 2021.

https://utusansarawak.com.my/yusuf-bahrin-dan-zizi-kirana-sah-bercerai-talak-satu/(

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Mimi Fly bakal wakili Malaysia di ASEAN-Korea Music Festival 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.