Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Pahang laksana dasar BDR dua hari seminggu mulai minggu hadapan – Wan Rosdy
  • NASIONAL

Pahang laksana dasar BDR dua hari seminggu mulai minggu hadapan – Wan Rosdy

Utusan Sarawak 11 hours ago
MENTERI Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Foto Bernama

KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang akan melaksanakan dasar bekerja dari rumah (BDR) selama dua hari seminggu secara giliran kepada penjawat awam negeri berkuat kuasa mulai minggu hadapan.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri selepas mengambil kira keresahan rakyat serta cabaran peningkatan kos sara hidup ketika ini berikutan konflik yang berlaku di Asia Barat.

“Pelaksanaan dasar ini akan dibuat secara tersusun dan berjadual tanpa menjejaskan kecekapan operasi serta penyampaian perkhidmatan kerajaan negeri kepada rakyat. Ketua-ketua jabatan dan agensi akan menyelaras pelaksanaannya berdasarkan keperluan perkhidmatan serta fungsi jabatan masing-masing,” katanya pada sidang media di Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah di sini hari ini.

Beliau turut berharap penjawat awam negeri terus mengekalkan disiplin, integriti dan produktiviti yang tinggi sepanjang pelaksanaan dasar berkenaan.

Wan Rosdy berkata pelaksanaan dasar itu akan dipantau melalui prosedur operasi standard (SOP) tertentu bagi memastikan tiada gangguan terhadap produktiviti serta mengelakkan sebarang kekosongan dalam penyampaian perkhidmatan.

“Dasar BDR itu akan ditentukan berdasarkan keadaan semasa dan boleh disemak semula apabila keadaan kembali pulih. Kita telah pun laksanakan (BDR) semasa pandemik COVID-19, mungkin ada penambahbaikan yang kita akan laksanakan,” katanya.

Beliau turut menggalakkan pihak swasta, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), badan berkanun serta majikan lain untuk meneliti pendekatan kerja yang lebih fleksibel termasuk pelaksanaan BDR, mengikut kesesuaian operasi masing-masing.

Dalam perkembangan lain, Wan Rosdy turut merakamkan ucapan tahniah kepada pelajar di Pahang yang mencatatkan pencapaian cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sekali gus mengekalkan prestasi membanggakan negeri itu.

“Kerajaan negeri telah memperuntukkan hampir RM4 juta bagi menyokong pembangunan pendidikan di negeri ini dan akan terus memberikan sokongan bagi memastikan anak-anak Pahang mendapat pendidikan berkualiti,” katanya.- Bernama

Continue Reading

Previous: Petronas berusaha percepat suntikan pertama CO2 di Kasawari kepada 2027
Next: BNM denda Bank Rakyat RM1 juta kerana isu keselamatan siber, gagal lindungi maklumat pelanggan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.