Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS susulan isyarat pengunduran AS dari Iran
  • BISNES

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS susulan isyarat pengunduran AS dari Iran

Utusan Sarawak 5 hours ago

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pada Rabu apabila sentimen global bertambah baik susulan jangkaan Amerika Syarikat (AS) mungkin berundur dari Iran dalam tempoh beberapa minggu.

Pada 8.00 pagi, mata wang tempatan itu meningkat kepada 4.0200/0400 berbanding dolar AS daripada paras 4.0475/0520 ketika ditutup semalam.

Pengarah Strategi Pelaburan dan Ekonomi IPPFA Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata Presiden AS Donald Trump memberi isyarat kemungkinan pengunduran dari Iran dalam tempoh dua hingga tiga minggu.

“Bagi pasaran, perkembangan ini sudah memadai untuk meredakan sebahagian permintaan terhadap dolar AS sebagai aset selamat, sekali gus membolehkan mata wang serantau seperti ringgit pulih apabila pelabur mula kembali mengambil risiko secara berhati-hati,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, Mohd Sedek berkata meskipun potensi pengunduran AS itu dilihat positif, dolar AS turut menerima tekanan tambahan susulan data Job Openings and Labour Turnover Survey (JOLTS) yang lebih lemah, menandakan pasaran buruh AS semakin perlahan.

Menurut laporan itu, jumlah kekosongan pekerjaan pada Februari susut kepada 6.88 juta daripada bacaan disemak semula 7.24 juta pada Januari, selaras dengan jangkaan konsensus.

“Ini penting kepada pasaran mata wang kerana kekuatan dolar AS sebelum ini banyak disokong oleh ketahanan data ekonomi negara itu. Sebarang tanda kelembapan akan mula menghakis sokongan tersebut, khususnya dalam membentuk jangkaan terhadap hala tuju Rizab Persekutuan AS,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berpandangan ringgit dijangka mengukuh hari ini, berkemungkinan menghampiri atau melepasi paras psikologi RM4.00.

“Berdasarkan keadaan semasa, usaha meredakan ketegangan amat diperlukan. Ini boleh membawa kepada pembukaan semula Selat Hormuz serta membolehkan aktiviti pembinaan semula kemudahan minyak dan gas yang terjejas di rantau Teluk,” katanya.

Sementara itu, ringgit dibuka kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.3233/3498 daripada 5.3484/3543, meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.5347/5476 berbanding 2.5351/5381, namun susut berbanding euro kepada 4.6519/6751 daripada 4.6417/6468 sebelumnya.

Ringgit turut diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding mata wang ASEAN.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1294/1452 daripada 3.1361/1399, naik berbanding rupiah Indonesia kepada 235.9/237.1 daripada 237.5/237.8, dan mengukuh berbanding peso Filipina kepada 6.62/6.65 daripada 6.66/6.67.

Ringgit, bagaimanapun, susut berbanding baht Thailand kepada 12.3517/4208 daripada 12.2726/2926 sebelum ini. – Bernama

Continue Reading

Previous: Kenderaan asing wajib tangki ‘tiga suku’ penuh sebelum masuk Brunei mulai esok
Next: Bursa Malaysia dibuka kukuh susulan sentimen bertambah baik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.