Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Tiga syarikat penerbangan tambahan tingkatkan kesalinghubungan udara global Malaysia
  • NASIONAL

Tiga syarikat penerbangan tambahan tingkatkan kesalinghubungan udara global Malaysia

Utusan Sarawak 10 hours ago
TIGA syarikat penerbangan tambahan tingkatkan kesalinghubungan udara global Malaysia. Gambar hiasan.

SEPANG: Sebanyak tiga syarikat penerbangan tambahan dijangka meningkatkan kesalinghubungan udara global Malaysia dan menyediakan akses kepada pasaran pertumbuhan baharu di peringkat Asia dan Afrika.

Syarikat penerbangan kebangsaan Timor-Leste, Aero Dili dan syarikat penerbangan nasional Algeria, Air Algérie, masing-masing memulakan operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 28 dan 30 Mac, manakala syarikat penerbangan China, Qingdao Airlines memulakan perkhidmatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) hari ini.

Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Datuk Mohd Izani Ghani berkata, penambahan syarikat penerbangan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan syarikat untuk memperkukuh ekosistem penerbangan Malaysia.

“Tumpuan kami adalah untuk membina rangkaian berdaya tahan dan berpandukan permintaan yang menyokong pelancongan, perdagangan dan mobiliti serantau, serta kami sedang giat menjalin perkongsian dengan syarikat penerbangan baharu dan laluan baharu untuk meluaskan jangkauan global Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut MAHB, penambahan ini menyokong aspirasi jangka panjangnya untuk meletakkan Malaysia sebagai negara paling terhubung di Asia Pasifik, sambil membuka akses ke pasaran pertumbuhan baharu.

AeroDili mengendalikan penerbangan terus antara Kuala Lumpur dan Timor-Leste dua kali seminggu, susulan usaha proaktif antara MAHB, syarikat penerbangan itu dan pihak berkuasa berkaitan selepas lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Timor-Leste pada September lalu.

Inisiatif ini termasuk memudahkan kelulusan Sijil Pengendali Udara Asing (FAOC) syarikat penerbangan itu dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), menterjemahkan hubungan dua hala kepada hasil penerbangan yang nyata.

Pengendali lapangan terbang itu berkata kemasukan Air Algérie ke KLIA menandakan satu pencapaian strategik apabila ia mewujudkan hubungan udara terus yang pertama antara Malaysia dan Algeria.

“Beroperasi tiga kali seminggu, laluan ini membuka koridor Afrika Utara yang baharu tanpa persaingan secara langsung dan melengkapkan kesalinghubungan sedia ada ke Afrika melalui Ethiopian Airlines dan Air Mauritius.

“Permintaan yang kukuh telah terbukti apabila tiket bagi penerbangan sulungnya habis ditempah, menandakan potensi komersial yang mantap dan daya tarikan awal dalam pasaran yang kurang mendapat perkhidmatan,” kata MAHB.

Laluan itu diperoleh melalui kerjasama MAHB dengan syarikat penerbangan berkenaan melalui Routes, sebuah forum penerbangan global di mana pengendali lapangan terbang dan syarikat penerbangan bertemu untuk membangunkan perkhidmatan udara yang baharu.

Qingdao Airlines, yang mengendalikan tiga penerbangan seminggu, menjadi syarikat penerbangan China kesembilan yang beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, sekali gus memperluas akses ke bandar-bandar peringkat kedua di China. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: SASP 2026 pacu keselamatan, inovasi dan kerjasama penerbangan di Malaysia
Next: Kerajaan nafi dakwaan Bloomberg berhubung siasatan pemilikan saham Azam Baki – KSN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.