Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis cedera dalam aksi kejar-mengejar suspek syabu di Lawas
  • JENAYAH

Polis cedera dalam aksi kejar-mengejar suspek syabu di Lawas

Utusan Sarawak 16 hours ago
HASIL OPERASI… Dua suspek ditahan bersama bungkusan syabu yang ditemui pada badan mereka dalam operasi membanteras aktiviti penyalahgunaan dadah di Lawas.

LAWAS: Seorang anggota polis cedera di bahagian muka selepas terjatuh ketika terlibat dalam aksi kejar-mengejar seorang suspek penagih dadah.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan, berkata sepasukan polis telah menahan seorang lelaki warga asing berusia 22 tahun yang bekerja sendiri kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah berhampiran Ladang Kelapa Sawit di Jalan Sundar.

“Apabila menyedari kehadiran polis, suspek terus melarikan diri ke dalam ladang kelapa sawit, dikejar rapi oleh anggota penguatkuasa. Dalam aksi pengejaran itu, seorang anggota terlanggar pelepah kelapa sawit dan mengalami kecederaan di muka.

“Walaupun cedera, anggota penguatkuasa terus mengejar suspek dan berjaya menahannya,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Pemeriksaan lanjut ke atas suspek menjumpai sebuah paket plastik berisi hablur kristal yang disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat kasar 5.02 gram.

Suspek bersama barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lawas untuk tindakan lanjut. Anggota polis yang cedera menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Lawas dan dijahit tiga jahitan di bahagian hidung.

“Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine. Semakan rekod pula menunjukkan suspek tiada kesalahan lampau. Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/1963.”

Sementara itu, dalam operasi berasingan pada 1.30 petang di tepi Jalan Trusan, Lawas, sepasukan polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun yang bekerja sebagai buruh kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Pemeriksaan badan menemui sebuah keratan tiub straw berisi hablur kristal yang disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat kasar 0.30 gram.

Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine. Semakan rekod menunjukkan suspek mempunyai satu kesalahan lampau. Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Oleh Adeng Edrus

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Dua lelaki ditahan dalam Ops Tapis Khas, positif amphetamine dan methamphetamine
Next: Lelaki ditahan, dadah lebih RM12,000 dirampas di Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.