Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • UTS semarak perpaduan menerusi sambutan Gong Xi Raya 2026
  • Tengah
  • WILAYAH

UTS semarak perpaduan menerusi sambutan Gong Xi Raya 2026

Utusan Sarawak 17 hours ago
NAIB Canselor UTS, Datuk Dr Khairuddin Abdul Hamid dan isteri, Datin Dayang Mariani Abang Zain ketika merasmikan majlis sambutan Gong Xi Raya di Dewan Canselor Tun Abdul Taib Mahmud di Sibu, hari ini.

SIBU: Universiti Teknologi Sarawak (UTS) terus memperkukuh semangat perpaduan apabila menonjolkan keunikan identiti masyarakat majmuk negeri ini menerusi penganjuran sambutan Gong Xi Raya 2026, hari ini.

Naib Canselornya, Datuk Dr Khairuddin Abdul Hamid berkata, sambutan yang menggabungkan Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baharu Cina itu mencerminkan keharmonian serta semangat kebersamaan yang telah lama menjadi amalan masyarakat di Sibu dan seluruh Sarawak.

Menurut beliau, kehidupan masyarakat pelbagai latar belakang di negeri ini yang hidup, bekerja dan meraikan perayaan bersama dalam suasana harmoni merupakan satu keunikan yang wajar dipelihara.

“Tradisi berkumpul seperti ini melambangkan keharmonian yang telah sebati dalam kehidupan masyarakat di sini,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Tambahnya, sambutan seumpama itu bukan sahaja membawa kegembiraan, malah mampu mengukuhkan rasa kekitaan dalam kalangan warga universiti tanpa mengira kaum dan agama.

Beliau turut menekankan bahawa musim perayaan merupakan waktu terbaik untuk mempererat hubungan, saling bermaafan serta melupakan segala perselisihan, sekali gus mengamalkan nilai murni dalam kehidupan seharian.

Dalam pada itu, Khairuddin turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga UTS atas sokongan dan kerjasama sepanjang tempoh lapan tahun dua bulan beliau menerajui universiti berkenaan.

Katanya, komitmen yang ditunjukkan oleh kakitangan akademik, bukan akademik serta pelajar telah menjadi pemangkin utama dalam membentuk hala tuju dan pencapaian universiti itu.

“UTS kini semakin berkembang sebagai pilihan utama pelajar Sarawak serta berjaya memperkukuh profil antarabangsa hasil dedikasi semua pihak,” ujarnya.

Mengimbas tempoh perkhidmatannya, beliau menyifatkannya sebagai perjalanan yang penuh cabaran, perkembangan serta pencapaian bermakna.

“Saya yakin UTS akan terus melakar kecemerlangan dan mencapai kejayaan lebih besar pada masa hadapan,” ujarnya.

Oleh Tarani Lanting

Continue Reading

Previous: 18 unit pili bomba diperiksa dalam operasi pemeriksaan berkala BBP Bintangor
Next: Eksklusif: Kebakaran hutan belukar antara insiden paling mencabar untuk dipadamkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.