Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 18 unit pili bomba diperiksa dalam operasi pemeriksaan berkala BBP Bintangor
  • Tengah
  • WILAYAH

18 unit pili bomba diperiksa dalam operasi pemeriksaan berkala BBP Bintangor

Utusan Sarawak 11 hours ago
ANGGOTA bomba memeriksa keadaan pili bomba pada semalam. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Sebanyak 18 unit pili bomba di sekitar kawasan Jalan Pedada, Jalan Janting Utara dan Jalan Janting Alomera diperiksa dalam satu operasi pemeriksaan berjadual yang dilaksanakan pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, semalam. 

Ketua BBP Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata pemeriksaan tersebut bertujuan memastikan semua pili bomba berada dalam keadaan baik dan berfungsi sekiranya diperlukan ketika operasi kecemasan.

Katanya, pemeriksaan dijalankan bermula 9.30 pagi hingga 12.00 tengah hari melibatkan kekuatan seramai enam orang anggota bomba.

“Pemeriksaan berkala pili bomba ini penting bagi memastikan semua kemudahan bekalan air kecemasan sentiasa berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan pada bila-bila masa sekiranya berlaku kebakaran.

“Sebanyak empat unit pili bomba di Jalan Pedada, sembilan unit di Jalan Janting Utara dan lima unit di Jalan Janting Alomera telah diperiksa oleh pasukan bomba,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, keberkesanan fungsi pili bomba amat penting dalam membantu mempercepatkan tindakan pemadaman kebakaran serta mengurangkan risiko kerosakan harta benda dan ancaman keselamatan awam.

“Saya menasihatkan orang ramai agar tidak menghalang akses ke kawasan pili bomba selain memastikan kemudahan tersebut sentiasa berada dalam keadaan terpelihara.

“Kerjasama masyarakat dalam menjaga kemudahan awam seperti pili bomba amat penting bagi memastikan operasi kecemasan dapat dilaksanakan dengan lebih cepat dan berkesan,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Projek naik taraf Taman Rekreasi Bintangor tingkat kualiti kemudahan riadah
Next: UTS semarak perpaduan menerusi sambutan Gong Xi Raya 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.