Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kutipan dana implan koklea belum capai sasaran, orang ramai digesa terus bantu
  • TEMPATAN

Kutipan dana implan koklea belum capai sasaran, orang ramai digesa terus bantu

Utusan Sarawak 13 hours ago
TIMBALAN Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew (empat dari kanan) pada sidang media sebelum ini  berhubung pelancaran kempen kutipan dana bagi membantu dua kanak-kanak bermasalah pendengaran menjalani pembedahan implan koklea.

MIRI: Sepanjang seminggu selepas pelancaran kempen kutipan dana untuk membantu dua kanak-kanak bermasalah pendengaran menjalani pembedahan implan koklea, sebanyak RM47,550 berjaya dikumpul setakat ini.

Namun, jumlah itu masih jauh daripada sasaran RM200,000, sekali gus menjadikan sokongan berterusan daripada orang ramai amat diperlukan.

Dua kanak-kanak terbabit, Flora Lee Kai Shuan, 5, dan Andy Harrison, 3, memerlukan pembedahan implan koklea dengan segera dan kini berpacu dengan masa bagi mendapatkan dana mencukupi untuk membolehkan mereka kembali mendengar.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, yang juga Pengerusi Persatuan Implan Koklea Miri, berkata perkembangan terkini kutipan dana itu menunjukkan keprihatinan masyarakat, namun usaha perlu diteruskan.

“Jumlah sasaran masih belum dicapai dan kita berharap orang ramai terus tampil membantu agar kanak-kanak ini berpeluang mendengar dunia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kos keseluruhan bagi kedua-dua pembedahan dianggarkan RM250,000, dengan persatuan telah menyumbang RM50,000. Baki RM200,000 perlu diperoleh melalui sumbangan orang ramai.

“Walaupun ada perkembangan positif, jurang kutipan masih besar. Kita berharap lebih ramai tampil menghulurkan bantuan agar mereka dapat keluar daripada dunia sepi,” katanya.

Menurutnya, pembedahan implan koklea amat penting khususnya kepada kanak-kanak kerana intervensi awal memberi peluang tinggi untuk memulihkan pendengaran serta membolehkan mereka mengikuti pembelajaran dan kehidupan harian seperti biasa.

“Jika ditangguhkan, ia boleh memberi kesan jangka panjang terhadap perkembangan mereka,” jelasnya.

Beliau turut memaklumkan bahawa tarikh pembedahan masih belum ditetapkan kerana ia hanya boleh dijadualkan selepas dana mencukupi diperoleh, sama ada dilaksanakan di dalam negara atau di institusi perubatan lain yang bersesuaian.

Tambahnya, kedua-dua kanak-kanak berkenaan berasal daripada keluarga berpendapatan rendah yang tidak mampu menanggung kos rawatan yang tinggi, sekali gus menjadikan bantuan orang ramai amat penting.

“Setiap sumbangan membawa harapan dan peluang untuk mereka mendengar dunia sekali lagi,” katanya.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Ribut petir, hujan lebat diramal di sembilan negeri hingga 5.00 petang ini
Next: Sarawak hampir realisasikan KUTS, ujian bas hidrogen kukuhkan kesiapsiagaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.