Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak perkasa pembangunan seimbang bandar dan luar bandar
  • TEMPATAN

Sarawak perkasa pembangunan seimbang bandar dan luar bandar

Utusan Sarawak 6 hours ago
DATUK Len Talif Salleh mewakili Premier Sarawak berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri di Dewan Suarah Bintulu.

BINTULU: Kerajaan Sarawak terus mempergiat usaha memastikan pembangunan dilaksanakan secara seimbang antara kawasan bandar dan luar bandar selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 2030 (PCDS 2030).

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pendekatan tersebut penting bagi merapatkan jurang pembangunan serta memastikan manfaatnya dapat dinikmati secara menyeluruh oleh rakyat.

Menurut beliau, pembangunan yang dilaksanakan bukan sahaja tertumpu kepada kemajuan fizikal, malah perlu disertai dengan hubungan sosial yang kukuh dalam kalangan rakyat.

 DATUK Len Talif Salleh bersama tetamu kenamaan melakukan gimik perasmian pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri bersama Premier Sarawak di Dewan Suarah Bintulu.

“Perpaduan penting bagi memastikan pembangunan yang dilaksanakan dapat dinikmati secara menyeluruh oleh rakyat serta mewujudkan masyarakat yang harmoni dan stabil,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan oleh wakilnya, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri bersama Premier Sarawak di Dewan Suarah Bintulu di sini, hari ini.

Tambahnya, pendekatan pembangunan inklusif yang dilaksanakan kerajaan Sarawak adalah selaras dengan PCDS 2030 yang menekankan tiga teras utama iaitu kemakmuran ekonomi, kesejahteraan sosial serta kelestarian alam sekitar.

Dalam pada itu, beliau berkata kerjasama erat antara kerajaan, sektor industri dan komuniti di Bintulu menjadi contoh dalam mewujudkan ekosistem pembangunan yang harmoni

“Namun, kekuatan sebenar bukan hanya terletak pada pembangunan fizikal, tetapi perpaduan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang,” katanya.

DATUK Len Talif Salleh dan dif-dif kenamaan hadir memeriahkan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri bersama Premier Sarawak di Dewan Suarah Bintulu.

Sehubungan itu, kerajaan Sarawak akan terus komited memastikan pembangunan yang seimbang termasuk memperkukuh ekonomi tempatan, membangunkan bandar mampan serta menjaga kebajikan rakyat.

Kerajaan Sarawak, katanya, akan terus mengekalkan nilai perpaduan, hormat-menghormati dan semangat kekitaan dalam memastikan pembangunan yang mampan dan inklusif.

Pada majlis tersebut, sebanyak 37 gerai makanan dan jualan disediakan dengan penyertaan pelbagai pihak termasuk komuniti, industri dan hotel.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Pekerja sosial pemangkin penyatuan masyarakat
Next: Ribut petir, hujan lebat diramal di sembilan negeri hingga 5.00 petang ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.