Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • PNK Kabong diharap perkukuh peranan, pacu ekonomi nelayan lebih mampan
  • WILAYAH

PNK Kabong diharap perkukuh peranan, pacu ekonomi nelayan lebih mampan

Utusan Sarawak 10 hours ago
ADUN Kabong, Dato Mohd Chee Kadir semasa menyempurnakan Mesyuarat Agung Tahunan PNK Kabong kali ke-46 2026 serta menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri PNK Kabong 2026 di Dewan Serbaguna Balai Polis Kabong, semalam. Foto ADUN Kabong

KABONG: Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kabong diharap terus memperkukuh pengurusan serta memainkan peranan lebih aktif dalam meningkatkan ekonomi komuniti nelayan di kawasan ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata, usaha berterusan itu penting bagi memastikan kebajikan nelayan sentiasa terpelihara dan sektor perikanan tempatan kekal berdaya saing.

Menurut beliau, PNK Kabong juga perlu memberi penekanan kepada usaha melahirkan lebih ramai usahawan nelayan yang mampu bersaing dan berdaya maju pada masa hadapan.

Katanya, penglibatan aktif dalam bidang keusahawanan akan membuka lebih banyak peluang ekonomi kepada komuniti nelayan sekali gus meningkatkan taraf hidup mereka.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Mesyuarat Agung Tahunan PNK Kabong kali ke-46 2026 serta menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri PNK Kabong 2026 di Dewan Serbaguna Balai Polis Kabong, semalam.

ADUN Kabong, Dato Mohd Chee Kadir semasa menyempurnakan Mesyuarat Agung Tahunan PNK Kabong kali ke-46 2026 serta menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri PNK Kabong 2026 di Dewan Serbaguna Balai Polis Kabong, semalam. Foto ADUN Kabong

Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran isteri beliau, Datin Meryani Yasin serta barisan kepimpinan dan ahli-ahli persatuan.

Untuk rekod, PNK Kabong mempunyai seramai 1,176 orang ahli, menjadikannya antara persatuan nelayan terbesar di bawah Wilayah IV Betong.

Mesyuarat agung tahunan kali ini tidak melibatkan sebarang pemilihan, sekali gus memperlihatkan kepercayaan dan sokongan padu ahli terhadap kepimpinan sedia ada.

Dalam ucapannya, Chee Kadir turut mencadangkan beberapa penambahbaikan termasuk meningkatkan nilai produk hasil nelayan agar lebih kompetitif di pasaran.

Selain itu, beliau turut menekankan kepentingan memperluaskan pemasaran serta rantaian bekalan bagi memastikan hasil tangkapan dapat dipasarkan dengan lebih meluas.

Menurutnya, usaha mengurangkan kebergantungan kepada orang tengah juga perlu diperkasakan bagi memastikan nelayan memperoleh pulangan yang lebih adil.

Beliau turut menggalakkan penglibatan generasi muda dalam industri perikanan melalui pendekatan moden dan penggunaan teknologi agar sektor ini terus berkembang.

Pada majlis sama, pelbagai sumbangan turut disampaikan termasuk kepada golongan asnaf, bantuan pendidikan serta anugerah kecemerlangan pelajar dengan jumlah keseluruhan RM15,920, selain kehadiran pelbagai agensi dan pemimpin tempatan yang memeriahkan program tersebut.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Penduduk Kampung Bungin digesa berani suarakan idea demi kesejahteraan bersama
Next: KMKK tonggak kejayaan pelaksanaan projek pembangunan di DUN Kalaka

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.