Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tradisi kunjung-mengunjung eratkan hubungan pemimpin, rakyat di Kabong
  • WILAYAH

Tradisi kunjung-mengunjung eratkan hubungan pemimpin, rakyat di Kabong

Utusan Sarawak 9 hours ago
ADUN Kabong, Dato Mohd Chee Kadir dan isteri telah mengadakan kunjungan sempena sambutan Aidilfitri 2026 bagi mendekati masyarakat setempat, di sekitar kawasan DUN Kabong, semalam. Foto ADUN Kabong

KABONG: Tradisi kunjung-mengunjung semasa sambutan Hari Raya terus menjadi amalan bermakna dalam mengeratkan hubungan antara pemimpin dan rakyat, khususnya di peringkat akar umbi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata, amalan tersebut bukan sahaja menghidupkan suasana perayaan, malah menjadi platform penting dalam memperkukuh silaturahim dalam komuniti.

Beliau bersama isteri, Datin Meryani Yasin, telah mengadakan kunjungan sempena sambutan Aidilfitri 2026 bagi mendekati masyarakat setempat, di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong, semalam.

ADUN Kabong, Dato Mohd Chee Kadir dan isteri telah mengadakan kunjungan sempena sambutan Aidilfitri 2026 bagi mendekati masyarakat setempat, di sekitar kawasan DUN Kabong, semalam. Foto ADUN Kabong

Menurutnya, kunjungan tersebut diadakan sebagai tanda penghargaan kepada penduduk serta usaha berterusan untuk mempererat hubungan antara pemimpin dan rakyat.

Dalam suasana penuh kemesraan dan semangat Aidilfitri, pasangan itu berkesempatan menziarahi beberapa tokoh masyarakat di kawasan Kabong.

Antara yang menerima kunjungan ialah kediaman Penghulu Kamaluddin Rambli, Penghulu Sani Mohd, Penghulu Rahman @ Dom Kapok serta bekas Penghulu Jarawi Amir.

Kunjungan berkenaan turut menjadi ruang untuk bertanya khabar, berkongsi perkembangan semasa serta merapatkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat.

ADUN Kabong, Dato Mohd Chee Kadir dan isteri telah mengadakan kunjungan sempena sambutan Aidilfitri 2026 bagi mendekati masyarakat setempat, di sekitar kawasan DUN Kabong, semalam. Foto ADUN Kabong

Chee Kadir menegaskan bahawa tradisi kunjung-mengunjung wajar diteruskan kerana ia memperlihatkan nilai murni masyarakat Malaysia yang mengutamakan perpaduan dan keharmonian.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada para penghulu dan pemimpin masyarakat yang sentiasa memainkan peranan penting dalam menjaga kebajikan serta kesejahteraan penduduk setempat.

“Semangat Aidilfitri ini amat bererti kerana ia membuka ruang untuk kita saling bermaaf-maafan, memperkukuh silaturahim serta memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Chee Kadir turut berharap sambutan tahun ini membawa kegembiraan, kesejahteraan dan keberkatan kepada semua.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Semangat persaudaraan asas perpaduan masyarakat majmuk
Next: Ziarah Hari Raya di Bekenu: Pemimpin, masyarakat erat hubungan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.