Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Semangat persaudaraan asas perpaduan masyarakat majmuk
  • WILAYAH

Semangat persaudaraan asas perpaduan masyarakat majmuk

Utusan Sarawak 9 hours ago
UNTUK ALBUM… Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan isteri Dato Dayang Morliah Awang Daud bersama tetamu kehormat yang lain merakamkan gambar kenangan pada majlis sambutan Hari Raya anjuran Persatuan Melayu Miri (PMM) di Miri, hari ini. 

MIRI: Semangat persaudaraan dan saling menghormati perlu terus dipupuk dalam kalangan masyarakat berbilang kaum bagi memperkukuh perpaduan serta keharmonian negeri ini.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata nilai murni tersebut selaras dengan ajaran Islam yang menitikberatkan hubungan baik sesama manusia tanpa mengira latar belakang sekali gus menjadi asas penting dalam membentuk masyarakat yang bersatu padu.

JAMU SELERA… Antara tetamu yang hadir majlis sambutan Hari Raya anjuran Persatuan Melayu Miri (PMM) di Miri, hari ini. 


“Walaupun masyarakat terdiri daripada pelbagai kaum, bahasa dan budaya, perbezaan itu bukan penghalang untuk hidup dalam suasana harmoni,” katanya semasa berucap pada  majlis sambutan Hari Raya anjuran Persatuan Melayu Miri (PMM) di sini, hari ini. 

Sehubungan dengan itu, Awang Tengah menggesa semua pihak agar terus memainkan peranan dalam memperkukuh nilai perpaduan demi memastikan kestabilan sosial dan kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ahmad Johnie gesa masyarakat hayati semangat saling memaafkan
Next: Tradisi kunjung-mengunjung eratkan hubungan pemimpin, rakyat di Kabong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.