Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • HSL Ekiden tarik penyertaan hangat, hampir 300 pelari meriahkan acara
  • SUKAN

HSL Ekiden tarik penyertaan hangat, hampir 300 pelari meriahkan acara

Utusan Sarawak 6 hours ago
KETUA Team Haolian, Tan Jit Ping (tiga kanan) menyifatkan HSL Ekiden Larian Berganti-ganti sebagai pengalaman baharu dan unik untuk semua.

KUCHING: Acara larian berpasukan pertama seumpamanya di Sarawak, HSL Ekiden larian berganti-gantiberjaya menarik penyertaan hampir 300 pelari melibatkan hampir 60 pasukan di La Promenade Mall, di sini, hari ini.

Menurut kenyataan media Hock Seng Lee Berhad (HSL), acara tersebut menandakan pengenalan format larian ‘ekiden’ di Malaysia Timur yang mendapat sambutan memberangsangkan daripada komuniti pelari.

Perlumbaan bermula seawal 6.30 pagi dengan pelepasan kategori terbuka, diikuti kategori veteran beberapa minit kemudian.

MERIAH… Perlumbaan gaya ekiden benar-benar menyerlahkan keterujaan dalam kalangan pelari.

Setiap pasukan yang terdiri daripada lima pelari perlu melengkapkan jarak keseluruhan 15 kilometer secara bergilir dalam kawasan berpagar La Promenade yang dijadikan litar perlumbaan.

Pasukan Haolian muncul juara kategori terbuka dengan catatan masa 52 minit 16 saat, mengatasi Millennium Runners yang berada di tempat kedua dengan masa 52 minit 28 saat, manakala RevRun di tempat ketiga dengan 52 minit 36 saat.

Dalam kategori veteran pula, Team Kaliu menjuarai perlumbaan dengan masa 54 minit 47 saat, diikuti pasukan kedua Team Haolian (56 minit 29 saat) dan U42T Team Reservoir di tempat ketiga (58 minit 45 saat).

Pelari terpantas acara tersebut ialah Ryan Victor yang mencatat masa 9 minit 3 saat bagi larian sejauh 3 kilometer, bersamaan kira-kira tiga minit setiap kilometer.

BERSEMANGAT… Seorang peserta bersedia penuh semangat di zon pertukaran selempang dalam HSL Ekiden Relay Race.

Tambah kenyataan itu, acara berkenaan turut disertai pelari elit Sarawak termasuk Sally Yap, Sunny Jong, Apple Cheng Jia Xin serta Md Mustafa Rahman atau dikenali sebagai @RoboCopKch.

Ketua pasukan Haolian, Tan Jit Ping menyifatkan acara tersebut sebagai pengalaman baharu yang unik kepada komuniti pelari di Sarawak.

“Sebelum ini komuniti pelari memang menantikan acara ekiden dan akhirnya ia direalisasikan. Ia satu pengalaman yang sangat menyeronokkan.

“Konsep larian secara bergilir yang melibatkan penyerahan selempang antara pelari menambahkan elemen keseronokan serta semangat berpasukan,” katanya.

Presiden City Jogger’s Club, Elisabeth Wong, pula berkata acara tersebut mencatat penyertaan penuh, menunjukkan sokongan padu komuniti terhadap penganjurannya.

HSL sebelum ini aktif menganjurkan acara larian sejak 2021 dan dijangka meneruskan momentum tersebut menerusi penganjuran HSL Samarahan Marathon 2026 yang menyasarkan penyertaan sekitar 3,000 pelari.

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Wei Chong fokus pemulihan lutut menjelang BAC

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.