Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Cabaran Eko Mulu 2026 tonjol keindahan alam, perkasa ekopelancongan sarawak
  • Utara
  • WILAYAH

Cabaran Eko Mulu 2026 tonjol keindahan alam, perkasa ekopelancongan sarawak

Utusan Sarawak 9 hours ago
MELEPASKAN…Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu, Datuk Gerawat Gala (lima dari kanan) semasa melepaskan para peserta Cabaran Eko Mulu 2026 di Mulu pagi tadi.

MIRI: Penganjuran Cabaran Eko Mulu 2026 terus mengangkat keunikan alam semula jadi Sarawak ke persada antarabangsa, sekali gus memperkukuh sektor ekopelancongan negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu, Datuk Gerawat Gala berkata, acara berkenaan bukan sahaja menguji ketahanan fizikal peserta, malah menjadi platform memperkenalkan khazanah alam Sarawak kepada dunia.

“Program seperti ini menghimpunkan peserta dari pelbagai tempat untuk menguji ketahanan fizikal serta semangat mereka dalam suasana alam semula jadi yang unik dan mencabar.

UNTUK ALBUM...Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu, Datuk Gerawat Gala merakamkan gambar kenangan bersama  para peserta Cabaran Eko Mulu 2026 di Mulu pagi tadi. 

“Pada masa sama, ia mempromosikan gaya hidup sihat dan aktif serta membuka ruang kepada dunia mengenali keindahan Sarawak,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya selepas menyempurnakan majlis pelepasan  acara itu di Taman Negara Mulu di Mulu pagi tadi.

Menurut Gerawat, taman negara berstatus Tapak Warisan Dunia UNESCO itu terkenal dengan keindahan gua batu kapur, hutan hujan tropika serta biodiversiti yang luar biasa.

Katanya, penganjuran Cabaran Eko Mulu 2026 merupakan antara usaha penting dalam memperkukuh promosi ekopelancongan, khususnya di kawasan pedalaman seperti Mulu.

“Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak penganjur serta semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

“Semoga acara ini terus berkembang dan menjadi antara acara sukan eko yang berprestij di Sarawak,” ujarnya.

Beliau turut mengucapkan selamat berjaya kepada semua peserta dan berharap mereka dapat menamatkan cabaran tersebut dengan semangat kesukanan yang tinggi.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kerajaan Sarawak dijangka umum bantuan  tangani kos sara hidup
Next: MDS sertai program Virtual Earth Hour 2026 bersama PBT seluruh Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.