Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Penyelarasan sementara kuota BUDI95 relevan, tidak jejas majoriti pengguna
  • NASIONAL

Penyelarasan sementara kuota BUDI95 relevan, tidak jejas majoriti pengguna

Utusan Sarawak 9 hours ago
PENYELARASAN sementara kuota BUDI95 relevan, tidak jejas majoriti pengguna. Gambar hiasan.

KOTA KINABALU: Langkah penyelarasan sementara kelayakan Program Budi MADANI RON95 (BUDI95) oleh kerajaan disifatkan sebagai tindakan pragmatik yang masih mampu memenuhi keperluan majoriti pengguna kenderaan persendirian di negara ini.

Timbalan Setiausaha Dewan Perniagaan Tionghua Sabah dan Labuan, Weal Cheoh berkata, walaupun kuota diselaraskan sementara daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan, tindakan mengekalkan subsidi di tengah-tengah kenaikan harga minyak global mencerminkan kesinambungan komitmen kerajaan dalam menjaga kebajikan rakyat.

“Dalam konteks Malaysia, majoriti kenderaan persendirian berkapasiti di bawah 2,000 cc dan menggunakan sekitar 200 liter sebulan, yang jumlah ini mencukupi untuk kegunaan biasa.

“Walaupun kuota itu diselaraskan sementara daripada 300 liter ke 200 liter, ia dilihat masih relevan dan tidak memberi kesan besar kepada kebanyakan pengguna,” katanya kepada Bernama.

Beliau turut menekankan kepentingan pemahaman yang lebih jelas terhadap dasar subsidi agar masyarakat tidak hanya menilai berdasarkan pengurangan manfaat sebaliknya melihat penyelarasan sementara itu secara holistik, selain menghargai usaha kerajaan mengekalkan subsidi bahan api berbanding negara lain.

Selain itu, Weal berkata, impak terhadap kumpulan tertentu susulan penyelarasan sementara BUDI95 perlu diberi perhatian bagi memastikan kelangsungan perniagaan kecil tidak terjejas.

Dalam pada itu, Ketua Bahagian Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Putatan, Datuk Dr Marcus Mojigoh berkata, setiap keputusan kerajaan termasuk penyelarasan sementara BUDI95, tidak dibuat sewenang-wenangnya, sebaliknya melalui penelitian rapi oleh jawatankuasa berkaitan.

Menyifatkan perbezaan pandangan sebagai perkara lumrah, beliau berkata rakyat wajar mengambil pendekatan lebih seimbang dan rasional dalam menilai sesuatu dasar kerajaan dengan melihatnya dalam konteks yang lebih menyeluruh.

Sehubungan itu, beliau menyarankan agar rakyat memberi ruang dan peluang kepada kerajaan untuk membuktikan keberkesanan pelaksanaan dasar berkenaan demi kepentingan bersama.

Pada Khamis lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perutusan khas mengumumkan kerajaan akan melaksanakan penyelarasan sementara kelayakan BUDI95 daripada 300 liter sebulan kepada 200 liter sebulan bermula 1 April 2026 susulan konflik di Asia Barat.

Beliau bagaimanapun menegaskan harga RON95 bersubsidi kekal pada RM1.99 seliter.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, menjelaskan langkah penyelarasan itu bersifat sementara hingga pasaran, bekalan minyak serta ekonomi dunia kembali stabil, namun mengakui setakat ini belum ada tanda-tanda ke arah pemulihan berkenaan. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Kerajaan masih mampu tampung subsidi RON95, sedia selaras dasar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.