Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Konflik di teluk: Kos perkapalan melonjak AS$393 juta sehari untuk industri
  • SEMASA

Konflik di teluk: Kos perkapalan melonjak AS$393 juta sehari untuk industri

Utusan Sarawak 10 hours ago
GAMBAR hiasan.

LONDON: Ketegangan di sekitar Selat Hormuz meningkatkan kos untuk seluruh industri perkapalan global, dengan syarikat berdepan tambahan AS$393 juta dalam perbelanjaan bahan api harian, pengangkutan dan alam sekitar, menurut kumpulan advokasi pengangkutan bersih Eropah semalam, lapor Xinhua.

Firma perkapalan telah menanggung lebih AS$5.3 bilion dalam kos bahan api tambahan sejak 28 Februari apabila Amerika Syarikat (AS) dan Israel memulakan serangan besar-besaran ke atas Iran, menurut kumpulan itu dalam satu laporan.

Harga bahan api marin melonjak secara mendadak, menurutnya, dengan minyak bahan api paling rendah kandungan sulfur meningkat kepada AS$1,100 setiap tan di Singapura, naik 223 peratus sejak awal 2026.

Harga gas asli cecair juga meningkat sebanyak 72 peratus sejak awal Mac, meningkatkan lagi kos operasi untuk pemilik kapal.

Memandangkan 99 peratus daripada armada global masih dikuasakan oleh bahan api fosil, menurut kumpulan itu, industri ‘terdedah secara langsung’ kepada turun naik harga bahan api dan gangguan bekalan.

“Kekacauan di Selat Hormuz meletakkan perdagangan maritim global di bawah perhatian ramai tetapi kesan segeranya ialah ke atas pasaran minyak,” kata Eloi Norde, pegawai dasar perkapalan organisasi itu.

“Perang berkenaan menyebabkan industri rugi jutaan setiap hari.”

Beliau berkata krisis semasa boleh mempercepat pelaburan dalam penyelesaian tenaga lebih bersih dan kebimbangan sebelum ini mengenai kos tinggi penghantaran hijau kelihatan kurang ketara berbanding skala gangguan yang kini dihadapi industri.

Laporan itu juga menunjukkan haluan berpotensi dalam mengurangkan pendedahan terhadap kejutan bahan api.

Elektrifikasi kapal jarak dekat seperti feri dan kapal kargo pantai dikenal pasti sebagai peluang jangka pendek, dan langkah operasi, termasuk penstiman perlahan dan pendorongan bantuan angin, mampu meningkatkan kecekapan bahan api dengan ketara untuk penghantaran jarak jauh, katanya.

-Bernama  

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Gelombang haba: Orang ramai perlu had masa di luar bangunan, banyak minum air kosong
Next: JBPM Sarawak mampu tangani peningkatan kes kebakaran setakat ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.