Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Syed Saddiq, Bella Astillah sah bertunang
  • HIBURAN

Syed Saddiq, Bella Astillah sah bertunang

Utusan Sarawak 12 hours ago
AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 34, hari ini sah bertunang dengan pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, 32, dalam majlis eksklusif yang dihadiri keluarga, rakan selebriti dan kenalan terdekat.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 34, hari ini sah bertunang dengan pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, 32, dalam majlis eksklusif yang dihadiri keluarga, rakan selebriti dan kenalan terdekat.

Majlis berlangsung meriah dengan tetamu hadir dalam busana warna kuning lembut, manakala Bella tampil anggun mengenakan baju kurung moden biru pastel lengkap dengan layah di kepala. Detik bersejarah itu disempurnakan apabila ibu Syed Saddiq, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz, menyarungkan cincin ke jari manis Bella.

AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 34, hari ini sah bertunang dengan pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, 32, dalam majlis eksklusif yang dihadiri keluarga, rakan selebriti dan kenalan terdekat.

Dalam ucapannya, Syed Saddiq menyifatkan dirinya sebagai jejaka paling bertuah kerana dapat menyaksikan sisi Bella yang penuh dedikasi dan sifat baik, termasuk kasih sayangnya terhadap anak-anak, Ayden dan Ara. Beliau turut berharap kedua-dua anak Bella dapat menerima kehadirannya dalam keluarga mereka.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran rakan selebriti seperti Nabil Ahmad dan Zira Ayub, Nora Danish, dan Nur Fazura, serta sesi pertukaran dulang hantaran antara kedua-dua pihak. Lima dulang hantaran daripada pihak lelaki bertemakan ‘masa depan’, manakala Bella membalas dengan tujuh dulang bertemakan Gunung Kinabalu.

Continue Reading

Previous: Kuasai pelbagai bahasa bantu Bront Palarae ke panggung antarabangsa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.