Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Krisis minyak global: Rakyat diingatkan berbelanja secara berhemah
  • SEMASA

Krisis minyak global: Rakyat diingatkan berbelanja secara berhemah

Utusan Sarawak 13 hours ago
 TIMBALAN Menteri Luar Negeri, Dato Lukanisman Awang Sauni ketika ditemui media pada Majlis Ramah Mesra Rumah Terbuka Sibuti di Dewan Masyarakat Bekenu, hari ini. Foto Adum Liu

BEKENU: Ketegangan dan peperangan di Selat Hormuz kini mula menjejaskan bekalan minyak di peringkat global, termasuk Malaysia.

Timbalan Menteri Luar Negeri, Dato Lukanisman Awang Sauni berkata, Malaysia berharap hubungan diplomatik dengan Iran serta rakan serantau lain dapat membantu memastikan bekalan minyak negara kekal mencukupi bagi kegunaan domestik dan industri.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana masih mengekalkan harga diesel pada sekitar RM2.15.

“Namun begitu, situasi ini bukanlah sesuatu yang menggembirakan kerana rakan-rakan kita di Semenanjung telah mengalami peningkatan harga minyak sehingga RM0.80.

“Kenaikan ini turut memberi kesan besar kepada Sarawak, memandangkan kebanyakan bahan pemprosesan makanan dan produk kilang dibekalkan dari Semenanjung,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Ramah Mesra Rumah Terbuka Sibuti di Dewan Masyarakat Bekenu, hari ini.

Ahli Parlimen Sibuti itu turut mengingatkan masyarakat supaya bersedia menghadapi kemungkinan kenaikan harga barang dalam tempoh terdekat.

“Di bawah inisiatif Parlimen Sibuti, kita mengadakan tiga Jualan Rahmah Bergerak dan tiga Jualan Rahmah di premis setiap bulan.

“Kita berharap program ini dapat membantu rakyat, dan kita juga memohon agar Malaysia MADANI dapat memperluaskan lagi inisiatif sebegini,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan penerima bantuan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) agar berbelanja secara berhemah dalam tempoh dua hingga tiga bulan akan datang.

Tambah beliau, kesan kenaikan harga minyak ini bukan sahaja dirasai di Malaysia, malah turut memberi impak kepada negara-negara lain di rantau Asia.

Oleh Adum Liu

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Pelarasan kuota RON95 langkah sementara kendali tekanan subsidi akibat lonjakan harga minyak
Next: Cuaca panas: Lubok Antu pada Tahap Berjaga-Jaga

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.