
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir bagi beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak hingga 6.00 petang ini.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, di Sabah, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Pedalaman iaitu membabitkan Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan serta Tambunan.
Kawasan diramal terjejas di Sarawak pula ialah Sibu (Selangau), Kapit (Song), Bintulu (Tatau), Miri (Telang Usan) dan Limbang.- Bernama