Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Bursa Malaysia diunjur kekal berhati-hati minggu depan susulan konflik Asia Barat jejas sentimen
  • BISNES

Bursa Malaysia diunjur kekal berhati-hati minggu depan susulan konflik Asia Barat jejas sentimen

Utusan Sarawak 15 hours ago
BURSA Malaysia diunjur kekal berhati-hati minggu depan susulan konflik Asia Barat jejas sentimen. Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan berikutan konflik Asia Barat yang masih belum reda terus mempengaruhi hala tuju pasaran global.

Pengarah dan Penganalisis Strategi Pelaburan dan Ekonomi IPPFA Sdn Bhd, Mohd Sedek Jantan berkata, walaupun isyarat keredaan konflik berlaku sekali-sekala dan mungkin memberikan sedikit kelegaan, ketiadaan penyelesaian diplomatik yang kukuh akan menyebabkan pelabur terus memfokuskan kepada perkembangan geopolitik. 

Beliau berkata, harga minyak akan terus menjadi medium utama terhadap pasaran ekuiti, dengan minyak mentah Brent dijangka kekal melebihi AS$100 setong sekali gus mengekalkan persekitaran perdagangan yang berhati-hati dan reaktif selain mempengaruhi jangkaan inflasi, kedudukan mudah tunai dan pendapatan sektor.

Beliau bagaimanapun berkata, aliran pelabur asing memberikan imbangan yang positif. 

Menurutnya sehingga Khamis, pelabur telah menjadi pembeli bersih susulan pembukaan semula pasaran selepas cuti Hari Raya, yang mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai lokasi selamat di pasaran pesat membangun dalam persekitaran global yang tidak menentu.

“Kami menjangka momentum ini akan berterusan sehingga minggu depan. Sektor yang defensif mungkin terus mendapat perhatian, disokong oleh daya tahan pendapatan dan pendedahan kepada permintaan dalam negara.

“Berikutan situasi ini, kami menjangka FBM KLCI kekal melebihi paras psikologi 1,700, dengan penyertaan asing yang berterusan dan aliran institusi yang membantu mengurangkan risiko penyusutan,” katanya.

Bagi minggu baru berakhir, Bursa Malaysia diniagakan kebanyakannya tinggi berikutan prestasi pasaran serantau dalam persekitaran konflik Asia Barat yang berlarutan.

Pada asas Khamis kepada Jumaat, FBM KLCI susut 8.06 mata kepada 1,712.65 daripada 1,720.71 pada minggu sebelumnya.

Di papan indeks, Indeks FBM Top 100 susut 51.29 mata kepada 12,337.50, Indeks FBM Emas menyusut 73.54 mata kepada 12,465.26 dan Indeks FBM Mid 70 rendah 44.19 mata kepada 17,098.79.

Indeks FBM Emas Shariah naik 4.89 mata kepada 12,272.19 dan Indeks FBM ACE susut 76.84 mata kepada 4,327.45.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 351.62 mata kepada 20,327.50 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.27 mata kepada 182.89 manakala Indeks Tenaga meningkat 4.48 mata kepada 798.29. Indeks Perladangan pula menokok 16.07 mata kepada 8,704.97.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 12.24 bilion unit bernilai RM13.69 bilion berbanding 11.88 bilion unit bernilai RM14.56 bilion pada minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran Utama menokok kepada 7.64 bilion unit bernilai RM12.81 bilion berbanding 7.41 bilion unit bernilai RM13.74 bilion sebelumnya.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 3.54 bilion unit bernilai RM495.25 juta daripada 3.39 bilion unit bernilai RM424.90 juta minggu lepas.

Jumlah dagangan Pasaran ACE menyusut kepada 1.04 bilion unit bernilai RM376.06 juta daripada 1.07 bilion unit bernilai RM392.27 juta pada minggu sebelumnya. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Dasar ketat Fed, kejutan harga minyak mungkin kekalkan ringgit pada sekitar 4.00 minggu depan
Next: Pasaran getah dijangka meningkat minggu depan susulan permintaan lebih kukuh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.