Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bahan api 200 liter: Kerajaan Persekutuan didesak tetapkan had kuota lebih tinggi
  • TEMPATAN

Bahan api 200 liter: Kerajaan Persekutuan didesak tetapkan had kuota lebih tinggi

Utusan Sarawak 5 hours ago

DATO Jonathan Chai Voon Tok

KUCHING: Langkah mengurangkan kuota bahan api Budi95 kepada 200 liter sebulan sambil mengekalkan harga subsidi RM1.99 seliter mencerminkan usaha untuk mengurus subsidi dengan lebih tersasar.

Presiden Persatuan Sekolah Rendah Cina Bantuan Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian, Dato Jonathan Chai Voon Tok bagaimanapun berkata daripada perspektif Sarawak, perlu ada pertimbangan khusus terhadap realiti geografi negeri ini.

“Berbeza dengan Semenanjung Malaysia, jarak antara bandar dan pusat perkhidmatan di Sarawak jauh lebih besar, manakala pilihan pengangkutan awam di banyak kawasan masih terhad.

“Bagi kebanyakan rakyat, khususnya di kawasan separa bandar dan luar bandar, kenderaan persendirian bukan lagi satu kemewahan tetapi satu keperluan harian,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Jonathan berkata pelaksanaan kuota yang seragam di seluruh negara mungkin tidak mengambil kira perbezaan ini.

Oleh itu katanya, Individu yang perlu bergerak jauh untuk bekerja, mendapatkan pendidikan, rawatan kesihatan atau menjalankan perniagaan sememangnya mempunyai penggunaan bahan api yang lebih tinggi.

Beliau berkata, ini termasuk pengusaha kecil, pekerja ladang serta mereka dalam sektor logistik dan perkhidmatan.

Sehubungan itu, beliau dengan hormat menggesa Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan pendekatan yang lebih sensitif terhadap wilayah, seperti menetapkan had kuota yang lebih tinggi atau memberi fleksibiliti tambahan kepada negeri seperti Sarawak dan Sabah.

“Walaupun usaha ke arah kemampanan fiskal amat penting, dasar yang dilaksanakan perlu kekal inklusif dan adil, dengan mengambil kira realiti berbeza yang wujud di seluruh Malaysia,” katanya.

Continue Reading

Previous: GoBald 2026 perkukuh solidariti bantu kanak-kanak pesakit kanser
Next: Swinburne Sarawak hidupkan semangat Ramadan melalui kempen amal dan bazar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.