Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 16,000 liter diesel diseleweng dirampas di Kota Samarahan
  • JENAYAH

16,000 liter diesel diseleweng dirampas di Kota Samarahan

Utusan Sarawak 4 hours ago
 ANTARA tangki dan peralatan yang digunakan dalam kegiatan penyelewengan minyak diesel yang dirampas dalam operasi di sebuah premis di Kota Samarahan.

KOTA SAMARAHAN: Kegiatan penyelewengan minyak diesel terbongkar selepas pihak berkuasa merampas sebanyak 16,000 liter bahan api tersebut dalam satu operasi di sebuah premis di sini, hari ini.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan, tindakan penguatkuasaan itu diambil susulan operasi oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) sebelum kes dirujuk kepada pihaknya untuk tindakan lanjut di bawah Ops 555 dan Ops Jeriji.

Menurut kenyataan itu, satu kes telah dibuka di bawah Seksyen 21, Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 16,000 liter minyak diesel disyaki disimpan tanpa kebenaran sah daripada Pengawal Bekalan,” menurut kenyataan tersebut.

PEGAWAI penguat kuasa menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian selepas kegiatan penyelewengan minyak diesel dikesan di Kota Samarahan.

Selain itu, pihak berkuasa turut merampas satu unit skid tank berkapasiti anggaran 20,000 liter, lima unit tangki jenis IBC berkapasiti 1,000 liter setiap satu, sebuah van jenama Mazda, dua unit pam serta dua unit hos getah.

Jumlah nilai rampasan bagi minyak diesel dianggarkan RM34,400, manakala keseluruhan rampasan termasuk peralatan dan kenderaan bernilai sekitar RM87,560.

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan jika sabit kesalahan, individu boleh didenda sehingga RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, manakala syarikat boleh didenda sehingga RM2 juta.

KPDN turut menggesa orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkaitan penyelewengan barang kawalan melalui saluran rasmi yang disediakan.

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: Kes dadah: 30 kes dibicarakan di Mahkamah Majistret Bau
Next: Penganggur ditahan sorok kereta curi dalam ladang sawit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.