
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Sabah dan Sarawak hingga 6.00 petang ini.
Dalam kenyataan MetMalaysia memaklumkan kawasan terlibat di Sarawak ialah Kapit (Belaga) dan Limbang.
Di Sabah pula melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang dan Beaufort) serta Pantai Barat (Papar dan Penampang). – Bernama