Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Zainal yakin kepimpinan baharu IPD Sibu perkukuh keselamatan
  • Tengah
  • WILAYAH

Zainal yakin kepimpinan baharu IPD Sibu perkukuh keselamatan

Utusan Sarawak 8 hours ago
SELAMAT MAJU JAYA….Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Datuk Mohamad Zainal (tengah) menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas jawatan Ketua Polis Daerah Sibu daripada Superitenden Balamurugan A/L Govindan kepada ACP Azahari Miskon.

SIBU: Kepimpinan baharu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu diyakini mampu terus memperkukuhkan keselamatan dan ketenteraman awam di daerah ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata, Sibu merupakan antara tiga daerah utama di Sarawak yang diketuai pegawai berpangkat Asisten Komisioner Polis (ACP), selain Kuching dan Miri, sekali gus mencerminkan kepentingan strategik daerah tersebut dari segi keselamatan.

“Dengan pengalaman luas yang dimiliki Ketua Polis Daerah dan Timbalan Ketua Polis Daerah yang baharu, saya yakin mereka mampu meneruskan kecemerlangan kepimpinan sebelum ini serta memperkukuh lagi keselamatan di Sibu,” katanya.

UNTUK KENANGAN…..Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Datuk Mohamad Zainal (tengah) merakam kenangan pada Majlis Serah Terima Tugas jawatan Ketua Polis Daerah Sibu. Turut kelihatan ialah (barisan depan dari kiri) Balamurugan, Azahari dan Zulkipli.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Serah Tugas Ketua Polis Daerah Sibu yang berlangsung di Wisma Pengaman IPD Sibu, hari ini.

Terdahulu, beliau menyaksikan majlis serah terima tugas jawatan Ketua Polis Daerah Sibu daripada Superitenden Balamurugan A/L Govindan kepada ACP Azahari Miskon.

Turut berlangsung majlis serah terima tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) IPD Sibu antara Leena Asing kepada Dr Nurzeiti Yuslinda Yusof.

Menurutnya, perubahan kepimpinan dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), sama ada di peringkat negeri mahupun daerah, merupakan proses biasa berikutan persaraan dan kenaikan pangkat pegawai, di samping memberi ruang kepada kepimpinan baharu untuk menonjolkan keupayaan masing-masing.

Beliau turut menekankan kepentingan peranan pasukan keselamatan dalam memastikan kestabilan negara, memandangkan keamanan merupakan asas utama kepada pembangunan dan kesejahteraan masyarakat.

“Tanpa keamanan, kehidupan harian masyarakat akan terjejas. Justeru, menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan undang-undang terus dikuatkuasakan dengan tegas tetapi berhemah,” ujarnya.

Tambahnya, Sarawak kekal sebagai antara negeri paling aman di Malaysia, namun usaha berterusan perlu dilaksanakan bagi mengekalkan situasi tersebut, khususnya di Sibu yang mempunyai populasi melebihi 200,000 penduduk.

Beliau turut mengiktiraf peranan PERKEP sebagai tonggak sokongan kepada warga PDRM, terutama dalam memperkukuh hubungan kekeluargaan serta kebajikan anggota dan keluarga.

“Saya menyeru semua warga IPD Sibu agar memberikan kerjasama dan komitmen penuh kepada kepimpinan baharu demi memastikan perkhidmatan terbaik terus disampaikan kepada masyarakat,” katanya.

Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri serta memperingati sambutan Hari Polis ke-219 tahun ini.

Turut hadir, Pengerusi PERKEP Kontinjen Sarawak, Datin Dr Nitce Isa Medina Machmudi Isa, Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen Sarawak, SAC Zulkipli Suhaili, Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Clarence Ting Ing Hort, Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS), Sempurai Petrus Ngelai, Temenggung Datuk Vincent Lau Lee Ming serta yang lain.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Sarang seranggaa berjaya dimusnahkan  anggota APM Beluru
Next: Fanatic Pickleball Club diiktiraf rasmi, perkukuh pembangunan sukan di Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.