Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Bursa Malaysia dibuka tinggi susulan langkah penyelarasan subsidi bahan api kerajaan
  • BISNES

Bursa Malaysia dibuka tinggi susulan langkah penyelarasan subsidi bahan api kerajaan

Utusan Sarawak 10 hours ago
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat, mengatasi prestasi pasaran serantau apabila sentimen pasaran bertambah baik susulan langkah penyelarasan subsidi bahan api kerajaan, yang menyokong kestabilan fiskal dan kemampuan isi rumah di tengah-tengah ketidaktentuan berterusan di Asia Barat.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.94 mata kepada 1,712.83 daripada paras 1,710.89 ketika ditutup pada Khamis.

Indeks penanda aras itu dibuka 1.84 mata lebih tinggi pada 1,712.73.

Sentimen pasaran keseluruhan sedikit negatif, dengan 220 kaunter rugi mengatasi 116 kaunter untung. Sebanyak 248 kaunter tidak berubah, 2,190 tidak diniagakan dan 137 digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 155.59 juta saham bernilai RM154.64 juta.

Dalam perutusan khas semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa berkuat kuasa 1 April, had bulanan individu bagi pembelian BUDI95 akan diselaraskan sementara kepada 200 liter sebulan berbanding 300 liter sebelum ini susulan konflik berterusan di Asia Barat.

Penyelarasan itu tidak menjejaskan majoriti rakyat memandangkan penggunaan purata adalah sekitar 100 liter sebulan dan hampir 90 peratus menggunakan kurang daripada 200 liter sebulan.

Pada masa sama, Anwar memaklumkan bahawa Iran membenarkan kapal tangki minyak Malaysia melalui Selat Hormuz.

Beliau berkata, kerajaan akan terus mengekalkan disiplin fiskal serta membendung pembaziran dan ketirisan bagi memastikan momentum pertumbuhan ekonomi Malaysia kekal mampan.

Malaysia, kata beliau, terus menarik pelabur dan kekal sebagai destinasi pelaburan yang rancak susulan beberapa langkah yang diumumkan kerajaan dalam menangani krisis dan konflik berterusan di Asia Barat.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup rendah apabila potensi gencatan senjata antara Amerika Syarikat dan Iran semakin pudar.

Di peringkat domestik, beliau menjangkakan pelabur kekal di luar pasaran berikutan prestasi lemah bursa serantau.

“Bagaimanapun, indeks kekal disokong kukuh melebihi paras 1,710. Bagi hari ini, indeks penanda aras dijangka bergerak dalam julat antara 1,710 dan 1,730,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik dua sen kepada RM11.46, Public Bank meningkat satu sen kepada RM4.83 dan CIMB tidak berubah pada RM7.81, manakala Tenaga Nasional susut empat sen kepada RM14.34 dan IHH Healthcare turun dua sen kepada RM8.94.

Bagi kaunter paling aktif, Sunway Healthcare naik 13 sen kepada RM2.42 dan Kinergy meningkat setengah sen kepada 39 sen, manakala VS Industry merosot 2.5 sen kepada 26 sen dan Velesto turun satu sen kepada 33.5 sen.

Antara kaunter untung utama, Allianz menokok 16 sen kepada RM20.94, Petronas Dagangan meningkat 14 sen kepada RM22.06, Petronas Gas menambah 12 sen kepada RM17.74 dan Hong Leong Financial naik 10 sen kepada RM19.50.

Bagi kaunter paling rugi, Malaysian Pacific susut 24 sen kepada RM28.78, Press Metal turun tujuh sen kepada RM7.61, Country View dan Pentamaster masing-masing merosot enam sen kepada RM3.00 dan RM2.96, manakala Malayan Cement berkurangan lima sen kepada RM6.24.

Di papan indeks, Indeks FBM Top 100 meningkat 1.92 mata kepada 12,324.14, manakala Indeks FBM Emas susut 0.74 mata kepada 12,457.70 dan Indeks FBM ACE berkurangan 6.63 mata kepada 4,348.13.

Indeks FBM 70 turun 49.82 mata kepada 17,016.64 dan Indeks FBM Emas Syariah merosot 4.18 mata kepada 12,225.35.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 13.56 mata kepada 20,443.70 dan Indeks Perladangan meningkat 26.10 mata kepada 8,683.05, manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.50 mata kepada 182.22 dan Indeks Tenaga turun 5.11 mata kepada 801.15.

– Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Ringgit dibuka tinggi disokong pendekatan pragmatik subsidi bahan api

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.