Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis Kuching tahan dua lelaki dalam serbuan berasingan
  • JENAYAH

Polis Kuching tahan dua lelaki dalam serbuan berasingan

Utusan Sarawak 8 hours ago
DADAH yang dirampas daripada kedua-dua serbuan

KUCHING: Seorang lelaki berusia 41 tahun di Kampung Semariang Baru ditahan kerana memiliki dadah di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, dalam serbuan tersebut, polis merampas 6.4 kilogram disyaki ganja dengan anggaran nilai RM25,200.

Suspek didapati positif amphetamine, methamphetamine dan THC, namun tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Menurut Alexson, suspek telah direman selama tujuh hari bermula 27 Mac hingga 2 April bagi membantu siasatan.

Beliau menambah, kejayaan operasi tersebut adalah hasil usaha risikan berterusan serta kerjasama orang awam.

Dalam operasi berasingan, sepasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching menahan seorang lelaki berusia 30 tahun di Jalan Sultan Tengah, Santubong sekitar jam 2.20 petang.

“Polis merampas 5.50 gram disyaki methamphetamine dengan anggaran nilai pasaran RM605,” katanya.

Saringan awal air kencing mendapati suspek positif amphetamine dan methamphetamine. Semakan polis juga mendapati suspek mempunyai enam rekod jenayah lampau.

Suspek direman selama empat hari bermula 27 Mac hingga 30 Mac bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara antara dua hingga lima tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

“Polis tidak akan berkompromi dengan mana mana pihak yang terlibat dalam pengedaran dadah. Dadah kekal sebagai musuh nombor satu negara dan kami akan terus membanteras ancaman ini demi melindungi generasi kini dan akan datang,” kata Alexson.

Beliau turut menggesa orang awam menyalurkan maklumat melalui talian hotline JSJN di 012 208 7222 atau hotline Kontinjen Sarawak di 017 592 9211.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Suspek curi dan rosakkan mesin permainan di Bau ditahan polis
Next: Dua lelaki ditahan kes curi besi di Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.