Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Malaysia catat keputusan terbaik dalam domain penulisan SEA-PLM 2024
  • PENDIDIKAN

Malaysia catat keputusan terbaik dalam domain penulisan SEA-PLM 2024

Utusan Sarawak 9 hours ago

PUTRAJAYA: Malaysia berjaya mencatat pencapaian terbaik dalam domain Penulisan, Southeast Asia Primary Learning Metrics (SEA-PLM) 2024.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, kejayaan itu diumumkan hari ini di Phnom Penh, Kemboja.

Menurut KPM, Malaysia merekodkan skor purata bagi domain penulisan murid sebanyak 480.1 mata, iaitu 29.2 mata lebih tinggi berbanding purata serantau,  dan yang tertinggi dalam kalangan semua negara Asia Tenggara yang menyertai SEA-PLM 2024.

“Sebanyak 21 peratus murid Malaysia berada pada band pencapaian tertinggi, iaitu Band 5 ke atas, berbanding purata serantau sebanyak lima peratus. 

“Pencapaian ini menunjukkan tahap pemikiran kritis murid yang merangkumi kandungan, konteks serta proses penyampaian idea dalam penulisan,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, jurang pencapaian antara kumpulan sosioekonomi, jantina serta perbezaan bahasa pertuturan di rumah dan di sekolah masih wujud, yang menjadi cabaran utama dalam memastikan pendidikan lebih saksama.

SEA-PLM mengukur pencapaian murid tahun lima dalam empat domain utama, iaitu Bacaan, Matematik, Penulisan dan Kewarganegaraan Global.

Keputusan bagi domain Bacaan dan Matematik telah diumumkan pada Disember tahun lepas.

Bagi Malaysia, pentaksiran itu melibatkan sebanyak 4,379 murid daripada 158 sekolah rendah merangkumi Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), SK Asli, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dan sekolah swasta.

Menurut kenyataan itu, KPM komited untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara supaya setanding standard pentaksiran antarabangsa demi manfaat anak-anak Malaysia. – Bernama

Continue Reading

Previous: UUM berada pada kedudukan nombor satu terbaik dalam bidang Perakaunan, Kewangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.