Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Lily Yong sahkan dipecat daripada SUPP
  • TEMPATAN

Lily Yong sahkan dipecat daripada SUPP

Utusan Sarawak 5 hours ago
DATUK Lily Yong 

KUCHING: Datuk Lily Yong mengesahkan beliau telah dipecat daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), sekali gus menafikan spekulasi awal bahawa tindakan yang diambil terhadapnya hanyalah penggantungan.

“Ia bukan penggantungan tetapi pemecatan daripada SUPP,” katanya ketika dihubungi Utusan Sarawak.

Menurutnya, beliau bersama Setiausaha Cawangan Kuching, Voong Nam Jin, telah menerima surat yang memaklumkan tiada bukti kukuh bagi menyokong dakwaan penyelewengan berkaitan Kad Kenyalang. Dakwaan tersebut sebelum ini dibangkitkan dalam kenyataan awam oleh cawangan Kuching pada 3 Ogos tahun lalu.

Lily, yang menyertai SUPP pada 1978, mempunyai pengalaman luas dalam politik. Beliau pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan pada 2001 serta menjadi setiausaha politik selama 13 tahun.

Selain itu, beliau turut memegang jawatan Ketua Wanita Pusat SUPP selama 12 tahun dan Pengerusi Cawangan Kuching selama 26 tahun.

Pada 2022, beliau melepaskan jawatan sebagai Naib Pengerusi Pertama SUPP di peringkat pusat, selain mengundurkan diri daripada jawatankuasa pusat dan jawatankuasa kerja pusat. Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Dialog belia dan sukan platform dengar suara akar umbi
Next: Elak aktiviti pembakaran semasa musim panas – JAS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.