Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kerajaan teliti impak ekonomi, elak beban rakyat susulan situasi perang di Asia Barat – Nancy
  • Selatan
  • WILAYAH

Kerajaan teliti impak ekonomi, elak beban rakyat susulan situasi perang di Asia Barat – Nancy

Utusan Sarawak 11 hours ago
DATO Sri Nancy Shukri (tengah) bergambar bersama penerima bantuan dan keluarganya sempena Program Ziarah Kasih KPWKM di Kampung Tabuan Lot, Kuching.

KUCHING: Kerajaan sedang meneliti pelbagai cadangan termasuk maklum balas daripada ahli Kabinet bagi memastikan sebarang keputusan berkaitan ekonomi tidak membebankan rakyat susulan situasi perang di Asia Barat ketika ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri berkata, mesyuarat berkaitan perkara itu telah diadakan dan semua ahli Kabinet diminta mengemukakan pandangan masing-masing.

Menurutnya, maklum balas tersebut perlu mengambil kira keseimbangan antara keperluan rakyat dan kedudukan ekonomi negara.

DATO Sri Nancy Shukri ditemui media ketika Program Ziarah Kasih KPWKM di Kampung Tabuan Lot, Kuching, hari ini.

“Kerajaan telah bermesyuarat dan meminta pandangan daripada kami sebagai ahli Kabinet. Kita cuba sedaya upaya untuk memastikan rakyat tidak disusahkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Program Ziarah Kasih KPWKM bersama Menteri KPWKM di Kampung Tabuan Lot, di sini, hari ini.

Nancy berkata, antara perkara yang diberi perhatian termasuk penggunaan diesel dan petrol serta langkah penjimatan yang boleh dilaksanakan.

Katanya, kerajaan juga sedang meneliti pendekatan yang diambil oleh negara lain, namun berharap Malaysia tidak perlu melaksanakan langkah yang boleh memberi kesan besar kepada rakyat.

“Diharapkan Malaysia tidak seperti negara lain yang terpaksa membuat keputusan sukar. Kita mengambil kira kepayahan rakyat dalam setiap cadangan,” ujarnya.

Tambah beliau, walaupun maklum balas telah dikemukakan, keputusan muktamad masih belum dibuat.

Perkembangan itu berlaku susulan ketegangan konflik di Asia Barat yang memberi kesan kepada bekalan tenaga global, termasuk gangguan di laluan strategik seperti Selat Hormuz.

Laluan berkenaan merupakan antara saluran utama penghantaran minyak dunia dan sebarang gangguan terhadapnya boleh menjejaskan bekalan serta meningkatkan harga minyak mentah di pasaran antarabangsa.

Selain itu, serangan terhadap beberapa kemudahan pengeluaran minyak di rantau berkenaan turut memburukkan keadaan, sekali gus menyumbang kepada kenaikan harga minyak global dan memberi tekanan kepada ekonomi, termasuk kos sara hidup rakyat.

Kesan daripada perkembangan tersebut, harga minyak dunia melonjak melepasi paras AS$100 setong dengan peningkatan mendadak sejak konflik tercetus, sekali gus menimbulkan tekanan inflasi serta kebimbangan terhadap ekonomi global sekiranya krisis berpanjangan. 

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Nancy percaya masih ramai tercicir daripada bantuan kebajikan
Next: KPWKM kaji tambah Anjung Kasih di Sarawak – Nancy

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.