Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Laksa Sarawak bertaraf premium: Lobster mewah, harga mesra poket
  • TEMPATAN

Laksa Sarawak bertaraf premium: Lobster mewah, harga mesra poket

Utusan Sarawak 6 hours ago
BERMULA sekadar mencuba kelainan dalam hidangan tradisional, seorang penjual laksa Sarawak berjaya menarik perhatian ramai dengan menu unik laksa berasaskan udang kara atau lobster yang kelihatan mewah namun ditawarkan pada harga mampu milik. Mazalan Mahmud, 46, berkata idea menghasilkan laksa lobster tercetus daripada keinginan untuk memberi nafas baharu kepada hidangan popular negeri itu, selain menarik minat pelanggan yang mahukan sesuatu berbeza tanpa perlu berbelanja besar. Foto BERNAMA

KUCHING: Bermula sekadar mencuba kelainan dalam hidangan tradisional, seorang penjual laksa Sarawak berjaya menarik perhatian ramai dengan menu unik laksa berasaskan udang kara atau lobster yang kelihatan mewah namun ditawarkan pada harga mampu milik.

Mazalan Mahmud, 46, berkata idea menghasilkan laksa lobster tercetus daripada keinginan untuk memberi nafas baharu kepada hidangan popular negeri itu, selain menarik minat pelanggan yang mahukan sesuatu berbeza tanpa perlu berbelanja besar.

“Laksa Sarawak memang sudah terkenal, tetapi saya fikir kenapa tidak cuba tambah nilai dengan bahan premium seperti lobster, dan pada masa sama pastikan harganya masih berpatutan,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di kedainya, Dapur LanChot, di kampung nelayan Bako, terletak kira-kira 30 kilometer dari bandar raya Kuching.

MAZALAN Mahmud, 46, menunjukkan laksa Sarawak udang kara atau lobster ketika ditemui di kedainya, Dapur LanChot di Kampung Bako dekat sini, hari ini. Foto BERNAMA

Menurut Mazalan, meskipun penggunaan lobster meningkatkan kos penyediaan, beliau berusaha mengimbangi harga supaya pelanggan daripada pelbagai lapisan mampu menikmati hidangan berkenaan.

Lobster yang digunakan diperoleh segar daripada nelayan tempatan dan dipilih mengikut saiz serta berat, dengan harga semangkuk laksa antara RM18 hingga RM65 bergantung kepada saiz lobster.

“Saya menjadikan rutin untuk pembelian bahan mentah secara terancang yang turut membantu mengawal kos, manakala penekanan terhadap saiz hidangan yang seimbang memastikan nilai diterima pelanggan setimpal dengan harga dibayar,” katanya. 

Usahanya mula membuahkan hasil apabila laksa Sarawak lobster jualannya mendapat perhatian, termasuk di media sosial, sekali gus menarik pelanggan dari pelbagai daerah malahan dari luar negara. 

“Pada mulanya, ramai pelanggan terkejut apabila mengetahui bahawa semangkuk laksa yang tampak mewah ini ditawarkan pada harga berpatutan.

“Kuah yang pekat aromanya bersama isi lobster yang manis menjadikan hidangan ini cepat mencuri hati  baik pencinta laksa Sarawak mahupun mereka yang kali pertama mencuba,” katanya yang berazam untuk menyediakan pengalaman makan lebih menyeronokkan tanpa perlu ke restoran mewah. 

BERMULA sekadar mencuba kelainan dalam hidangan tradisional, seorang penjual laksa Sarawak berjaya menarik perhatian ramai dengan menu unik laksa berasaskan udang kara atau lobster yang kelihatan mewah namun ditawarkan pada harga mampu milik. Mazalan Mahmud, 46, berkata idea menghasilkan laksa lobster tercetus daripada keinginan untuk memberi nafas baharu kepada hidangan popular negeri itu, selain menarik minat pelanggan yang mahukan sesuatu berbeza tanpa perlu berbelanja besar. Foto BERNAMA

Selain itu, beliau turut mengusahakan sebuah gerai laksa Sarawak di Uptown Metrocity, Matang, dan atas permintaan amat memberangsangkan membolehkannya menjual lebih 20 mangkuk sehari, bergantung pada bekalan makanan laut, kepada pelanggan tetap serta pengunjung baharu.

Pada Ramadan lepas, beliau dan isteri, Kamila Anuar, 40, dan anak sulungnya, Amir Wafiy, 21, tidak menang tangan menyediakan laksa bagi memenuhi permintaan pelanggan, sama ada untuk makan di situ atau dibungkus untuk dinikmati di rumah.

Beliau berkata gerai yang kini diuruskan sepenuh masa oleh Wafiy yang juga pempengaruh tempatan, turut menjual pelbagai jenis laksa Sarawak lain seperti laksa kepah, ambal, lokan, udang dan kerang, semua diperoleh segar daripada nelayan tempatan.

Katanya, ini turut mendorong permintaan tinggi terhadap masakan panas berasaskan makanan laut di gerai yang diusahakan di Uptown Metrocity tersebut, namun katanya pelanggan perlu membuat tempahan terlebih dahulu agar dapat menikmati masakan yang segar daripada dapur. 

Bagaimanapun Mazalan mengakui berdepan cabaran untuk memastikan bekalan lobster sentiasa mencukupi selain mengekalkan rasa asli laksa Sarawak agar tidak lari daripada identiti asalnya.

Justeru, beliau menasihati pelanggan agar membuat tempahan awal bagi mengelak kekecewaan kerana bekalan makanan laut termasuk lobster bergantung kepada musim.

Mazalan, juga lebih dikenali Lanchot dalam kalangan rakan-rakan dan penduduk setempat, dan juga pemandu pelancong Taman Negara Bako, melihat sambutan positif itu sebagai peluang untuk mengembangkan perniagaan pada masa depan, termasuk membuka premis lebih besar.

“Harapan saya, laksa lobster air tangan saya dan isteri ini bukan sahaja dikenali di Sarawak, tetapi juga di dalam dan luar negara,” katanya, sambil menambah hidangan itu turut menarik minat pelancong asing kerana kedai beliau terletak berhampiran terminal Taman Negara Bako. – Bernama

Continue Reading

Previous: JKR Sarawak nafi keluar dokumen tuntutan ganti rugi kenderaan rosak
Next: Dialog belia dan sukan platform dengar suara akar umbi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.