Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KOLUMNIS
  • Jangan pertikai penambahan kerusi DUN, Parlimen di Sarawak
  • KOLUMNIS

Jangan pertikai penambahan kerusi DUN, Parlimen di Sarawak

Utusan Sarawak 6 hours ago

MASIH ramai yang mempertikai penambahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), mahupun kerusi Parlimen di Sarawak.

Alasannya, jumlah penduduk kecil dan tidak sepatutnya ditambah 17 lagi kerusi DUN, menjadikannya 99 daripada 82 selepas Rang Undang-Undang (RUU) Dewan Undangan Negeri (Komposisi Keanggotaan) 2025 diluluskan pada Julai tahun lalu. 

KERUSI Parlimen di Sarawak, dengan keluasan Parlimen Hulu Rajang dan Baram, begitu luas.

Selepas ini pula akan disusuli penambahan kerusi Parlimen, termasuk isu menjadikan satu pertiga kerusi dari Sarawak dan Sabah di Dewan Rakyat, sesuatu yang mungkin mendapat bantahan daripada sebahagian Ahli Parlimen di Semenanjung apabila dibentangkan di Dewan Rakyat nanti.

Itu sudah janji termeterai dalam Perjanjan Malaysia 1963 (MA63) dan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) 1962, yang tidak sepatutnya dibentang dan dibahas lagi di Dewan Rakyat. 

Tidak mengapa kalau setakat untuk ‘formality’ dan secara automatik dilulus, tanpa perlu di bahas. Itu tidak mungkin berlaku. 

Namun, halangan terbesar nanti ialah pindaan itu memerlukan sokongan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat jika mahu satu pertiga kerusi dari kedua-dua negeri ini.

KOMPLEKS Satria Pertiwi, pejabat pentadbiran Premier Sarawak yang baharu, di Petra Jaya

Bab mendapatkan ‘persetujuan’ majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat inilah sesuatu yang mencabar dan mungkin menjadi ‘halangan terbesar’ jika sebahagian Ahli Parlimen (MP) terutama dari Semenanjung tidak menyokongnya.

‘KINGMAKER’

Al-maklumlah…menguasai satu pertiga majoriti di Dewan Rakyat mungkin menjadikan Sarawak dan Sabah ‘kingmaker’ sebagai penentu kelulusan sebarang pindaan undang-undang, malah jauh daripada itu, penentu jawatan Perdana Menteri?

Itu berlaku kemudian membabitkan penambahan kerusi Parlimen, setelah selesai isu penambahan 17 kerusi DUN baharu.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof, isu berkaitan penambahan 17 kerusi itu dijangka dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat Julai depan.

“Sebarang keputusan termasuk perubahan persempadan kawasan hanya akan diketahui selepas itu.

“Perkara itu akan diketahui selepas ia dibentangkan di Parlimen. Setakat ini perbincangan masih berlangsung dan kita menyasarkan untuk membentangkannya pada persidangan Parlimen pada Julai ini.

“Saya sendiri tidak dapat mengesahkannya sehingga ia dibentang dan diluluskan”, katanya kepada pemberita selepas Majlis Iftar Jamaie NEXGEN P194 Petra Jaya 2026 di Kuching baru-baru ini.

Apapun, sebarang perubahan sempadan kerusi DUN atau Parlimen, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mengubah kaedah yang diguna pakai untuk Sarawak, malah di Sabah.

Ini perlu dilakukan berdasarkan keluasan kawasan, bukan kaedah ‘one man, one vote’ seperti digunakan SPR selama ini, yang perlu diubah. Jika tidak, hanya kerusi di bandar yang padat penduduk sahaja akan ditambah kerusi Parlimen atau DUN.

SPR PERLU TUKAR KAEDAH

Kaedah ‘seorang satu undi’ (one man, one vote) bermaksud kedudukan kerusi dinilai berdasarkan jumlah pengundi, bukan keluasan kawasan Parlimen atau DUN apabila melakukan kerja persempadanan semula kawasan pilihan raya.

KAEDAH ‘one man, one vote’ seperti digunakan SPR selama ini, perlu diubah. Jika tidak, hanya kerusi di bandar yang padat penduduk sahaja akan ditambah kerusi Parlimen atau DUN.

Faktor geografi perlu diberi perhatian dalam proses persempadanan di Sarawak dan tidak boleh bergantung kepada jumlah populasi semata-mata. Pihak Persekutuan dan SPR perlu memahami keunikan geografi negeri ini dalam melaksanakan proses tersebut.

Jika tidak, hanya kerusi DUN dan Parlimen di bandar sahaja akan ditambah, kerana jumlah pengundi ramai.

Sarawak yang memiliki keluasan geografi yang besar serta komposisi masyarakat berbilang etnik menjadikan perlunya pergerakan wakil rakyat secara meluas serta menyulitkan.

Contohnya, kawasan Parlimen Hulu Rajang seluas 34,000 kilometer persegi, hampir menyamai keluasan negeri Pahang (36,000 km²).

Kawasan Parlimen Baram (22,000 km²) 27 kali lebih besar dari negeri Perlis (821 km²), 13 kali lebih besar dari Melaka (1,650 km²), hampir tiga kali lebih besar berbanding Selangor (8,100 km²) dan sedikit lebih besar dari Johor (19,000 km²).

Berdasarkan hakikat ini, kawasan Parlimen yang besar perlu dipecahkan bagi memudahkan pentadbiran, mengurangkan masalah logistik, dan memudahkan wakil rakyat mentadbir. 

Jika berdasarkan jumlah penduduk/pengundi, sampai bila kerusi besar pedalaman akan dipersempadanan semula, yang mungkin hanya menyaksikan kerusi padat penduduk di bandar seperti Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri sahaja akan ditambah.

Salam Aidilfitri

  • Penulis adalah Penasihat Editorial Eksekutif Utusan Sarawak
Tags: Kolum

Continue Reading

Previous: Ketergantungan minyak Teluk Parsi: Risiko strategik kepada negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.